Sunday, July 16, 2006

[10] apa yang telah saya lakukan?

pada satu hari:

arahan: g naik giant, beli mentol dan sunlight.

(..mentol, sunlight, mentol, sunlight, mentol, sunlight,
mentol, sunlight, mentol, sunlight, mentol, sunlight..)

*uik*

(..aa..auw..auw auw..adui..
..adooooooiiii...sakit la bodoh!..)

untuk memudahkan anda menvisualkan pengalaman saya, sila bayangkan satu scene dalam citer p.ramlee dimana seorang kanak-kanak yang tidak berdosa telah dipaksa mencabut gigi dengan seorang apek tua tukang gigi yang datang ke kampung itu.

anda bayangkan muka apek itu bersusah payah mencabut gigi menggunakan ragum..

sekarang bayangkan pula muka budak itu..betapa kasihannya..

dan tambahkan background music seorang cina memukul apakebendanamantah yang seperti dulang tembaga itu.. *ceng! ceng! ceng! ceng! ceng!* (atau ianya adalah yg macam piring besi yg satu set ada 2, pegang kanan kiri tu? ntah. mana2 la..)

gantikan ragum dengan jarum
gantikan gigi dengan pipi
gantikan dulang tembaga dengan hailer..
(roti,roti, satu ringgit satu..murah,murah!)

ya, sayalah itu yang sedang menjalankan rawatan membuang tahi lalat di tengah khalayak.. didalam khemah terbuka 'pameran tembikar dari china'.. 16 tapak dari pintu masuk giant..

ia bukanlah tahi lalat sebenarnya, ia lebih merupakan seperti jerawat yang tak pecah, timbul sikit. sejak sekolah rendah lagi saya sudah ada benda tu. saya selalu ingat puncanya ialah kerana pada satu hari saya terlupa menyapu taik mata yang jatuh ke pipi.. dan ia terus melekat sehingga saya besar.(itulah satu-satunya punca yang ada dalam file otak saya.. sungguh tidak logik pemikiran reasoning saya)

dan saya merupakan seorang manusia yang penuh dengan sifat ingin tahu..saya ingin tahu bagaimana ia dilakukan, adakah ianya ekstrak getah dari daun betik muda dan adakah betik ditanam di negeri china, adakah ianya menyakitkan, saya ingin tahu penerangan saintifiknya adakah ekstrak itu akan bertindak balas dengan benda lain selain tahi lalat.. dan soalan saya terjawab dengan demonstrasi segera ke atas diri saya.. *bukan,bukan..saya hanya mahu tanya...auw.. auw..adoi..*

setelah selesai, dalam kesakitan, saya berfikir sendirian..bagaimanakah seorang apek cina yang tidak tahu sepatah haram bahasa melayu pun boleh memaksa saya untuk melakukan sesuatu yang boleh membahayakan nyawa saya.. inikan pula pegawai parol saya yang petah berkata-kata kami hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.. menurut pemahaman saya, saya kena cuci muka selepas satu jam (atau satu hari ek?), selepas itu ketumbuhan (atau ekstrak putih yg dia tanam dengan jarum tu?) akan tanggal dan kemudian luka (atau ketumbuhan?) itu akan mengecil sedikit demi sedikit.. (*mm..musykil*) lalu saya akan cantik berseri..

saya sepatutnya sudah boleh mengagaknya dari awal.. apalah penerangan yang boleh diberikan didalam khemah tembikar dari cina..dah sah2 la org yang menjual tu semuanya berasal dari negeri china yang tak boleh balik china selagi tembikar2 tu tak habis dijual, sebab tu la diaorang kena tawarkan servis buang tahi lalat plak.. (lagi kelemahan pemikiran reasoning saya)

(dengan adanya ekstrak putih seperti kepala taik cicak dia atas pipi, saya berasa begitu malu untuk membeli mentol tapi saya gagahkan juga. dan saya juga sudah terlupakan tentang sunlight..)

setelah tiga hari, masih belum ada yang tanggal dari pipi saya, ia telah bertukar warna menjadi hitam seperti tahi lalat yang besar. saya mula merasa ngeri-ngeri sikit.. seolah-olah ada bulu yang akan keluar pada bila-bila masa diatas tahi lalat itu dan saya akan menjadi pua chu kang dan safety boot warna kuning akan tumbuh di kaki saya.. ngerinya..

- pre-written earlier -

jiwa kacau adalah sejenis penyakit berjangkit

No comments: