Wednesday, July 19, 2006

[11] ini untuk kamu..

pada satu hari..

saya: kalau zaman dulu, orang macam saya ni dipanggil apa?
dia: (tanpa fikir) hamba abdi khadam
saya: bukanlah
dia: abis tu
saya: dayang istana la
dia: hehehe


*********************************************************************************


bahawasanya aku akan sentiasa ada untukmu selagi kamu memerlukan aku
bahawasanya aku akan menyokongmu dalam setiap tindakan dan perbuatanmu
bahawasanya aku akan jadi livita jika kau mahu tenaga tambahan
bahawasanya aku akan jadi pedang jika kau mahu memancung
bahawasanya aku akan jadi teamgeist jika kau mahu menyepak
bahawasanya aku akan jadi nyamuk jika kau terasa mahu menampar
bahawasanya aku akan jadi mancis jika kau terasa nak bakar rambut sesapa
bahawasanya aku sentiasa boleh jadi batu-bata, punch bag dan dinding pusat skuasy
jika kau ingin melepaskan kemarahanmu

bahawasanya aku akan jadi tisu premier jika kau mahu menangis
bahawasanya aku akan jadi air dalam baldi laut jika kau mahu menjerit
bahawasanya aku akan menjadi apa yang kau ingin aku jadi
tapi aku tak akan jadi pil tidur jika kau ingin bunuh diri,
aku akan menjadi doktor air yang gantung kat spital yang masuk ikut hidung tu
untuk menyelamatkanmu..

aku tau kau kuat, tapi incase kalau kau perlukan aku,
aku nak kau tau aku selalu ada

No comments: