Wednesday, July 26, 2006

[13] jangan risau..saya ada.. (kamu tidak perlu mendengar..saya hanya suka bercerita..)

pada satu zaman dahulu..

"saya meratapi nasib kerana tiada kasut
sehinggalah saya melihat seorang yang takde kaki.."

mari saya perturunkan cerita-cerita yang saya tahu adalah benar kerana saya tahu kamu tak suka cerita tipu-tipu seperti pirates of the carribean

(kamu pasti tidak mahu mendengar kisah kesengsaraan bawang merah kematian ibu kemudian didera oleh ibu tiri..atau kisah ibu si malin kundang tanggang yang anaknya sangat kurang ajar tak ngaku emak kemudian dia menyumpah satu-satunya anak dia bertukar menjadi simen batu..bagaimana jika kita adalah salah satu dari watak ini..)

kisah 1:
ada seorang lelaki..asalnya sihat walafiat..berkahwin dan mempunyai anak..hidupnya susah..dia kerja jadik nelayan jer..satu hari dia dapat sakit kusta sampai tangannya cacat dan matanya buta..nama dia JM Aziz..kamu tahu JM tu untuk apa?..ia adalah singkatan untuk 'jiwa merana'..
bagaimanalah jika kita diuji seperti ini..


kisah 2:
masa tsunami beberapa tahun dulu, ada seorang lelaki ni, nama dia zulkifli kalau tak silap saya, dia cuma ingin menjadi seorang ayah yang baik..dia bawak anak-anak dia berkelah tepi pantai sebab masa tu cuti sekolah..anak dia ramai..ada tujuh orang..tapi dalam ramai-ramai tu dia paling sayang satu-satunya anak lelaki dia..datang ombak, habis anak dia dihanyut ke laut..termasuk anak lelaki kesayangan dia..dia berjaya selamatkan sorang jer anak dia..sian pakcik tu..hari-hari dia menangis..hari-hari dia g kubur anak-anak dia..
bagaimanalah jika kita diuji seperti ini..


kisah 3:
ni cerita baru, tak sampai sebulan pun rasanya..ada sorang budak pompuan india ni..bapak dia kaki minum arak..pastu suka pukul mak dia..mak dia plak tak keje..dia ada dua orang jer adik beradik..satu hari mak dia ajak dia dengan adik dia g baring-baring atas landasan keretapi..pastu keretapi pun lalu..pastu mak dia mati putus dua..adik dia nyawa-nyawa ikan..dia plak selamat sebab dia pilih untuk taknak mati..sekarang ni nenek dia jaga dia..dia masih budak..panjang lagi perjalanan hidup dia..mesti trauma budak tu sampai beso..bagaimanalah jika kita diuji seperti ini..


kisah 4:
mungkin kisah ini kurang tragis tetapi jika kita berada di tempat dia..taulah kita tragis tak tragisnya..budak pompuan ni menjalani hidup biasa jer dikampung..takde la senang sangat tapi dia dah ada buahati (yenadey,macam mana nak eja buah hati ni)..merekapun bertunang..nak dijadikan cerita..tunang dia tiba-tiba menjadi orang popular..lalu perlahan-lahan melupakan dirinya..mereka telah bersetuju untuk berkawin pada bulan 6 (tak silap la..) lalu dia pun mulalah membuat persiapan kawin..tapi dia tak tau org tu jadik kawin ke tak dgn dia sbb no tepon mamat tu pun dia tak tau..punyala berlagak mamat tu..rupa-rupanya mamat tu rambang mata..sebab dia rasa dia kat puncak dunia..dia rasa dia boleh tekel mana-mana awek yg lagi cun dr tunang dia..dia mula rasa rimas dengan status dia..lalu dia pun mencipta alasan 'dia akan kena buang keluarga' untuk putus tunang..apakehal? bukan ker dulu keluarga dia jugak yg g pinangkan untuk dia?..ya, itulah mamat tak sedar diri namanya..kalau takde apa yang terjadi pada dia, mungkin dia sekarang ini bakal menjadi bapa..tak perlulah saya perkenalkan perempuan itu bernama ina dan mamat itu ialah mawi..
bagaimanalah jika kita berada di tempat ina..


kisah 5:
kisah ini pula ialah seorang perempuan yang telah 20 taun mendirikan rumahtangga..banyak yang mereka lalui bersama..anak pun dah empat..dah besar-besar..pada satu hari, mereka pun bercerai..tak lama kemudian lelaki itu (akan) berkahwin dengan seorang perempuan yang 20 taun lebih muda dari dia..bila dibuat kira-kira, masa derang kawin 20 taun lepas..budak tu baru nak masuk darjah 1..agaknya semasa budak itu lahir..pasangan ini sedang asyik bercinta..agaknyala..berbalik kepada
kisah sengsara..bagaimanalah jika kita berada di tempat perempuan ini..(err..bukan kat tempat perempuan yang muda tu..yang lagi satu tu..)


begitulah..
jika kita berasa malang..ramai yang lebih malang..
jika kita berasa sedih..ramai yang lebih sedih..
jika kita berasa derita..ramai yang lebih derita..
jika kita sedang diuji..ada yang diuji dengan ujian yang lebih..

tabahlah..ini semua cerita orang-orang tabah..
kuatkan semangat! gempur!!


dan tentang yang lain-lain itu, saya akan uruskan semuanya..jangan khuatir..serahkan saja pada saya..saya akan cuba mengusahakannya sedaya saya, sehabis baik..jangan risau..saya tak mahu apa-apa..kebahagiaan kamu sahaja..kerana kebahagiaan kamu adalah kebahagiaan saya juga..


kamu harus kuat..pada saya perempuan lembik tiada yang istimewa..
kamu harus tidur..ada org kena buat operation utk buang eyebag..
kamu harus makan..belum masanya lagi untuk kamu mati..
kamu harus senyum..muka kerepot itu jatuh sahamnya..
kamu harus kekal waras..kerana masih ramai yang memerlukanmu!


“Rabbanaa laa tuhammilnaa ma laa taaqata lanaa bih
(Our Lord, please do not burden us with more than we can bear).”

doa saya ada bersama kamu..

No comments: