Friday, July 07, 2006

[5] entry lima.. sebuah dedikasi.. tentang dia..

pada satu hari.. angkat telefon:

"hello.. siapa ni? siapa? ha? tak kenal la..
tak kenal, tak kenal."

letak telefon.gilo apo.


saya ingin bercerita tentang seseorang yang kata ganti namanya
akan selalu saya tulis di dalam blog ini.

"hello.. ha! apsal tak balik lagi? tau tak sekarang dah pukul berapa?
bila nak balik? pukul berapa? lagi berapa minit sampai umah? merayap
malam-malam buta macam orang takde umah..bla bla bla..pot pet pot
pet..burung pun pandai balik sarang..pot pet..banyak kes rogol skrg
ni..bla bla..kawan dengan budak tak senonoh..bla bla..jangan nak
berkawan-kawan lagi.." -petikan typical cerita melayu seorang ibu
memarahi anaknya.

kerana dia telah diamanahkan oleh ibu saya beberapa tahun dahulu supaya
'menengok-nengok'kan saya maka saya menamakan tertuduh nya sebagai
pegawai parol saya, sesuai dengan tugas menengok-nengok itu.

"hello.. makcik, samsul ghau-ghau tengah carik isteri sekarang ni.."

dia juga telah diberi tugasan sampingan untuk mencari jodoh saya yang
sehingga ke saat saya menulis ini usaha-usaha (dan komplot-komplot)
mereka menemui jalan buntu.

mari berbicara tentang sifat fizikal sofia jane pegawai parol saya..

orangnya cantik mata memandang, sekali lihat macam orang bujang,
berkening lebat, bermata bulat, hidung bak seludang, pipi pauh dilayang,
jarinya panjang, kakipun panjang, rambutpun panjang sampai ke takde pinggang.

dan tentang kualiti yang ada pada dia..

bicaranya tersusun, orangnya santun, very presentable, well mannered,
bertamadun punya orang, hidup berprinsip, sentiasa ada pendapat sendiri,
tak perlu precedent (dia mencipta precedent), setia membabi buta,
ada instinct (selalu betul), daya pengamatan yang kuat,
cerdik, panjang akal, spontan.

dan luarbiasa komited gila kerja..

tegas, diplomatik, professional, berdedikasi, bertanggungjawab, sangat protective terhadap boss dia, pakar memberi nasihat, pakar menaik semangat, pakar motivasi, ada visi, berpandangan jauh, dan encyclopedia library bergerak.

dan dia juga.. manusia biasa.. (walaupun dia kata dia berasal dari kayangan, berketurunan wan empuk wan malini).. (manusia biasa macam emak-emak kita di kampung)

suka tengok drama melayu walau macam mana sama pun jalan ceritanya..
minat kat shah rukh khan.. menangis tengok cerita hindustan..
pemalas mandi kalau duduk kat umah..pakai kain batik..sampai ke petang baru mandi..

pengalaman dia banyak..dan pelbagai..

dari pernah tulis sendiri kat sijil tamat sekolah sebagai olahragawati sekolah
pernah masuk peringkat akhir pesta pantun kebangsaan
pernah jadi waitress restoran jepun
pernah jadi pelakon tambahan teater
sampai ke pernah jadi penyumbang suara cerita doraemon alih bahasa jepun
dan banyak lagi.. (gi request cerita kat blog dia..)

lagi, tentang dia.. dan penyakit..

dia selalu kena ulcer..
(dia selalu akan berazam untuk selalu minum air putih bila kena ulcer)
dia selalu kena migrain.. (bila banyak kerja n banyak benda nak pk)
dia kadang2 ada "sakit perut nak mati" (sebab tak berak beberapa hari)
dia pernah kena kancing gigi denggi
dan dia pernah kena surgeri (atas kecuaian tak sabun lepas mandi kat pandan safari)

dan lagi dan lagi dan lagi..

dia obses dengan warna pink, minat gaya inggeris, pernah bercita-cita
hangat2 taik ayam nak kumpul miniature kasut, suka shopping,
suka beli baju, suka beli beg, suka beli kasut, suka beli apa-apa je la..

dia suka makan benda pedas..dan daging..dan teh o ais, dia suka
menjamu, dia takut hantu..

dia hebat dalam multitasking (kecuali semasa membaca dan membalas sms)

dia berazam nak tulis buku sebelum umur dia habis pangkal tiga,
berazam nak compilekan semua puisi dia sebelum akhir taun ni..

dia suka bercerita.. bercakap adalah satu terapi bagi dia..

n the list goes on.. jadi bibliography plak ni nanti.. cukup!


background music:

"indah sinar sang suria..
merdu irama sang bayu.."


dia pada saya adalah seorang yang menyeronokkan
"jom kita main nama negeri.."

dia pada saya adalah seorang yang menakjubkan dan harus dilayan selayaknya
"puan nak minum apa.."

dia pada saya adalah my companion
org pertama saya fikir bila celik mata
"woi, bangun..bangun..g restoran..jangan lambat"
org terakhir saya ingat bila pejam mata
"eh, sayur dah order belum?"

dia pada saya adalah penyimpan mohor besar rahsia saya
"ha, buatla, bagitau ibu nanti.."

dia pada saya ialah blog offline saya..

tempat saya bercerita masa saya gembira
"esok cheque saya clearrr..yeayy"

masa saya berduka
"masa saya main tepon td saya terdelete semua gambar dalam tepon saya..uwaaa.."

masa saya sakit
"adeih..tin susu jatuh atas ibu jari kaki saya.."
jwpn: "nasi ayam mana? nasik, nasik!"

masa saya marah
"saya tak kira, amik jugak saya kat cable car ni!"
jwpn: "ai, takkan takut kot..."

masa saya tak boleh tido
thru sms: "buat apa tu?"
reply: "zzz"


dia ialah : PEGAWAI PAROL saya!

i love my parole officer

4 comments:

rz said...

baguslaa dah nulis balik tapi JANGAN hangat² taik ayam jer, JANGAN ikut musim jer, JANGAN bila ada sesuatu jer.. ;-)

merah said...

yang nyata takkan ditanya.
yang samar biarkan.
yang unik engkau.
yang lagi unik die.

dieyna said...

selamat kembali ke alam blog!.. biarkan berterusan tanpa nokhtah kerana penulisan mu mampu menghibur :D

merah said...

i love my parole officer toooooo... (ahakssss.. sape ek?)