Friday, July 14, 2006

[8] Fear Factor

pada satu hari..

saya didapati sedang mencuci dapur dan membasuh lantai (dalam keadaan air liur kompol2). dua pekerjaan paling saya nak elak.. leceh saya rasa.. saya lebih rela menkerobek isi ayam menjadikannya berpotongan dadu atau menghiris paru-paru menjadi kepingan kecil berbentuk bintang.. dua pekerjaan yang tak akan pegawai parol saya buat atas alasan yang sama.. leceh.. dan saya berkeadaan jeans berwarna cerah dan t-shirt berkolar putih.. itu membuatkan kelecehan itu menjadi berganda..

semuanya gara-gara saya lewat satu jam dari jangkaan masa ketibaan..

begini ceritanya..

semalam, selepas saya mengupdet blog, saya mendapati saya telah terlambat lima minit untuk mengambil si pukang. alamak! matila saya kerana saya ada lapan belas kerja lagi sebelum saya boleh sampai ke restoran. (saya di expect sampai ke restoran 15 minit selepas si pukang keluar sekolah). saya harus membeli e-load, mem bank-in kan cek dan mengambil saki baki barang2 katering di satu tempat yang berjarak 15 minit dari bank.

didalam kekalutan itu, saya terpaksa berpatah balik ke rumah setelah tertinggal handphone. sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah lambat, tertinggal handphone pula..

setelah selesai semua, akhirnya saya sampai ke restoran dengan dua rasa.. sangat lapar.. dan takut sebab datang lewat.. (saya tidak suka untuk bercerita apa yang telah saya lakukan kerana ia hanya akan nampak seperti 'terlalu mencuba' untuk memberi alasan).. dan ketakutan adalah penyebab terjadinya perkara di atas..


adapun cerita diatas mengingatkan saya pada satu kejadian yang lebih kurang serupa sedikit masa dahulu.. teruskan membaca dalam keadaan paling mengantuk untuk lebih menjiwai watak..


6.45 pagi..
"tit tit tit tit.." <-- bunyik jam handphone
(pegawai parol saya pura2 tak dengar)
"TIT TIT TIT TIT!!!!" <-- marah tu..
(dia matikan alarm)

*senyap*




"officer..", saya panggil.. *pejam mata*

*senyap* <-- buat2 tak dengar..

"officer..", saya panggil lagi..

"HMMMM!!!" <-- ai, marah nampak..

"ketupat dah rebus belum"

"ASTARA FIRULLAH HAL AZIM!!!!!!!!!!"
*pling* bukak bukak mata saya nampak dia dah kat tangga... ya..saya tidak nampak dia berdiri, turun katil atau seumpamanya.. walaupun tidak melihatnya, saya tau dia berada dalam keadaan pucat..

hehe.. tula.. sapa suruh offer diri nak rebus ketupat kat umah semalam. (ya puan-puan, mengikut perancangan awal, ketupat itu seharusnya direbus pada malam sebelumnya dan ia harus berada dalam keadaan dadadididudidadadi dadu dalam masa sejam dari alarm berbunyi. nahi mungkin..walaupun punat dapur gas tu dipulas sehingga ke posisi pukul 11.59 pun, mana sempat da..)

lima minit kemudian, (darah mula mengalir masuk kat muka sket, pegi kat otak sket, maka otakpun sudah mula berfungsi) satu arahan keluar dari mulut tak gosok gigi dia..

"g beli ketupat kat restoran s*ri b**da"
(is, malasnya.. apalak, dia yg lupa rebus..eii) tak sempat saya nak protes,
"SEKARANG!!"

"hi.. yelah, yelah, saya pegi la ni!"

Fakta Tambahan:
EVENT: Catering H**M
MASA: 8 pagi
BIL: 60 org
MENU: LONTONG!

*TAMMAT*

di sini kita lihat 2 manusia yang ketakutan
-seorang takut kena bebel..
-seorang lagi takut kat seorang yang takut kena bebel..

moral: takder. ini cerita tak bermoral

No comments: