[nota: bahagian pertama ini merupakan sebuah cerita dongeng semata-mata..
kamu boleh skip bahagian ini..]
pada satu zaman dahulu, di dalam sebuah negeri, terdapat seorang putera raja yang berpenyakit..Putera Gegak Gempita namanya..dia mempunyai penyakit pada peti suaranya kerana dia tidak dapat mengawal volume, dia selalu bercakap dengan nada yang paling tinggi.. memburukkan lagi keadaan, dia adalah seorang yang sangat angkuh dan berlagak,garang dan bengis, dia jugak mempunyai satu sifat kurang ajar yang tiada tandingannya..bila semuanya disatukan dalam diri seorang manusia, maka terhasillah seorang manusia paling dibenci di mukabumi pada ketika itu..
adapun baginda sultan berasa sangat malu dengan penyakit anaknya itu..puas dia mencari cerdik pandai di serata negeri namun tiada yang dapat mengubat penyakit anaknya itu..alkisah pada satu hari baginda mendapat alamat di dalam mimpi supaya mengahwinkan puteranya dengan seorang puteri (Puteri Lemah Gemalai namanya) yang terkenal dengan kesantunan dan kelembutan suaranya, dikhabarkan dalam keadaan marah menengking pun kedengaran berbisik apatah lagi semasa bercakap sehingga menyebabkan semua dayang istana terpaksa memakai alat bantuan pendengaran.. dikhabarkan puteri itu mempunyai penawar didalam simpanannya..dan selepas itu, mereka harus tinggal di dalam istana yang dibuat khas jauh di dalam hutan..dan putera itu diberikan misi untuk mendapatkan penawar itu kalau tidak dia tidak boleh mewarisi takhta..
dipendekkan cerita, berkahwinlah mereka dan tinggallah mereka di dalam istana hutan itu.. setelah beberapa tahun berlalu, baginda raja pun teringinlah melihat progress anakandanya itu..dari jauh dia sudah terdengar high pitch..dari dekat dia mendengar perbualan ini..
Putera Gegak Gempita dengan lemah lembut: sayang..intan payung permata kanda.. sudilah kiranya dinda memberikan penawar kepada penyakit kekanda ini.. budi baik dinda akan kanda sanjung sampai mati.. kanda dahului dengan ucapan terima kasih..
Puteri Lemah
-TAMMAT-
(diceritakan semula secara ingat-ingat lupa dari pembacaan majalah ujang (?) semasa kecil saya)
ini masalah saya.. saya terlupa akan moral cerita ini..
mungkinkah..
1. bila sangat berkehendak, perangai boleh berubah?
2. penawar sifat ada dalam diri sendiri?
3. suami psiko boleh menyebabkan isteri gila?
dan saya terfikirkan beribu persoalan lain..
1. adakah ikhlas perubahan putera raja itu?
2. apakah yang akan terjadi sekiranya benar-benar ada penawar?
3. bila dia nak sedar diri kononnya dia dah sembuh?
4. adakah dia akan kembali kepada penyakit lama?
5. apa ker zalim bapak puteri tu bagi dia kawin dengan manusia berpenyakit macam tu?
6. sampai bila puteri tu boleh tahan dengan pertanyaan putera tu?
7. mengapa saya begitu mengambil berat dengan sebuah cerita dongeng?
abaikan..
************************************************************************************************
(kamu boleh baca start dari sini)
Bahagian Dua: Hikayat Jin Botol Bertemu Setia
Alkisah pada satu hari ada seekor jin botol yang sangat taat pada tuannya..
Pada satu malam sedang jin berehat-rehat
Tuan Jin: oi jin! amik aku kat hujung dunia nih.. cepat!
Jin : baik tuan
tutup tv,salin baju,kunci botol,start enjin karpet terbang...
separuh jalan..
Tuan Jin: oi jin! kensel, kensel..aku balik dgn member aku
Jin : baik tuan
balik umah, salin baju, bukak tv..
tak lama lepas tu..
Tuan Jin: oi jin! amik aku kat separuh dunia nih..
Jin : baik tuan
tutup tv, sarung jer sweater, kunci botol, start enjin karpet terbang..
separuh jalan..
Tuan Jin: oi jin!
Jin : (eiii.. apalagi daaa..)
Tuan Jin: amik kat suku dunia jer..
suara sapa ntah: ajak la jin ko g minum skali..
Jin : erk! jangan tuan.. saya
Pada satu malam di tahun-tahun awal jin botol dijumpai tuannya..
Tuan Jin: oi jin! ko tau tak dalam kamus dewan tu ada satu perkataan, namanya 'setia'
Jin : tak tau tuan
Tuan Jin: bodoh aaa ko ni.. setia tu.. walau apapun berlaku.. tak kira la hujan ker ribut ker petir ker.. susah ker senang ker.. gembira ker sedih ker.. waras ker gila ker.. gemuk macam hippo ker kurus macam ular lidi ker.. apa-apa pun la yg buleh berlaku dalam dunia nih..tapi ko tetap tak berganjak.. ko ada jer kat tempat ko berada..
Jin : ooo macam toyol la ya tuan.. tunggu jer kacang hijau rebus tumbuh jadik taugeh sebab tuan dia suruh tunggu..
Tuan Jin: aaa.. camtu aaa.. ko kena contohi si toyol tu..
Jin : eii bodohnya toyol tu.. taknak ah tuan.. gilo apo.. itu toyol.. saya jin.. mana sama.. tapi saya boleh janji dengan tuan satu perkara..walaupun saya tak setia.. tapi selagi saya ada kat sini.. tuan akan dapat yang terbaik dari saya..
masa pun berlalu..pada satu hari tuan Jin telah dikenakan sekatan waktu..ini memberikan Jin banyak masa dan ruang untuk berfoya-foya..
tetapi Jin Botol memilih untuk bertapa dan berfikir..
dengan susah payah..mencari diri..mencari erti..melihat kembali apa yang telah dilalui..berfikir sehingga penat..mencari sebuah jawapan tentang kewujudan..
sehingga pada satu ketika dia menyedari sesuatu..
dia menyedari kesempurnaan yang ada pada tuannya..
dan di ketika itu juga dia menjumpai setia..
kerana Jin Botol takkan boleh hidup tanpa Tuannya..
kiera knightley pun dia tak heran..
No comments:
Post a Comment