Wednesday, October 18, 2006

[16] sebuah kematian

pada satu hari..
24 ramadhan 1427, asar, ICU hospital serdang. seorang anak saudara sepupu tuan jin (1) telah kembali ke rahmatullah pada usia 20 tahun. seorang anak. seorang kawan. seorang pelajar jurusan perguruan upm. atun nama dia.

aku pergi melawat menemankan chef rs (akak tuan jin). 6.30 petang. tingkat 4. sayu. tak kurang dari 50 orang ada kat situ. kawan-kawan dia agaknya. hampir semua perempuan, berbaju kurung, membawa fail dan beg (2). berkumpul di koridor berhadapan wad ICU dengan air mata bergenang dan berlinang. mengambil giliran melihat rakan mereka buat kali terakhir. sementara jenazah menunggu dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan (3).

turut kelihatan ialah n.r. (anak saudara tuan jin). dari uitm shah alam, datang lepas test (4). datang dengan rakan-rakan sekelas yang kini belajar di merata 'u' kat kl ni. n.r dengan arwah berkawan baik. sekelas dari form 1 sampai form 5. merah mata dia. sebak suara dia. dua tiga kali dia mengambil giliran untuk masuk tengok arwah. dia tau itu kali terakhir dia tgk kawan dia agaknya. tak cukup tengok sekali .. lain kali tak jumpa lagi.

menunggu di luar, aku mendengar mereka bercerita. bermula dengan pening kepala dan demam. makan panadol. esoknya masih pening dan demam. makan panadol lagi. mula tidak sedarkan diri. kawan-kawan bawak ke pusat perubatan upm terus dimasukkan ke wad ICU hospital serdang, ahad, koma. isnin, jangkitan virus mula merebak ke otak, bergantung dgn mesin bantuan pernafasan. selasa, nazak, dua kali jantung berhenti. kali ketiga, berhenti selamanya (5). ditemani ibu dan ayah yang menjaga dan membesarkan.

pada satu waktu, hanya ada aku seorang di satu ruang yang memisahkan diantara bilik ICU dan koridor menunggu. ruang sepi. suasana sunyi. kosong. ada rasa takut. aku tak pernah suka hospital. tempat berhimpun segala kesedihan.. terfikir.. berurusan dengan kematian.. bagaimanakah? terbiasakah atau insafkah? pasti yang berada di persekitaran kematian ini tergerak dengan suasana pilu ini.. pasti mereka adalah manusia yang cukup menghormati sebuah pemergian dan begitu bersopan dan bercakap dengan perlahan..pasti mereka dipenuhi dengan keinsafan dari sebuah kematian.. (6)

hampir waktu berbuka, jenazah dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan.. ibu dan ayah mengiringi.. chef rs nak balik. tangga turun ke parking kereta, n.r dan kawan-kawan tersadai sebab tak dapat teksi nak balik 'u' masing-masing (7). berbuka puasa di atas tangga. kami kemudiannya menuju ke rs untuk makan sebelum aku menghantar mereka ke lrt.

berakhir satu episod kematian

cukup tentang sebuah kematian

signing off..

_____________________________________________________________________________________

1.aku: nak bagitau tuan jin tak berita kematian ni?
chef rs: dia tak kenal pun. tuan jin, mana kenal sedara..
[Note: tuan jin tak kenal sedara. sindrom budak masuk sekolah asrama sejak form 1]

2.mungkin upm dekat dgn hospital serdang, sebab tu ramai yang datang melawat. mungkin sebab dia duduk kolej maka dia dikenali. mungkin coursemate dia ramai. mungkin hanya kerana dia seorang kawan yang disenangi. (kalau aku mati masa belajo kat upm dulu ada tak sampai 50 orang datang melawat..)

3.bila chef rs masuk, aku tak turut serta. terus terang, aku takut. dan sayu melihat kematian.. melihat wajah mereka yang ditinggalkan, aku pasti tak akan mampu untuk tak menangis.. dan aku akan terbayang-bayang sampai berhari-hari.. justeru itu aku mempunyai polisi untuk tidak melihat kematian dan apa-apa pun yang mengerikan kerana aku pernah terbaca dan percaya setiap apa yang kita lihat, image tu akan tersimpan di otak walaupun setiap plat nombor kereta. (cakap jer la takut.. banyak cakap plak)

4.tgh musim test, esok pun n.r ada test lagi tp bergegas dia dtg. aku percaya ramai yang ada kat situ pun sama macam dia. memilih untuk berada disisi seorang kawan walaupun masih banyak yang perlu diulangkaji. diceritakan ada seorang rakan mereka mendapat perkhabaran kematian sejurus sebelum membuat pembentangan. menggeletar, dia tak dapat meneruskan pembentangan dengan sempurna. malangnya dia tak dpt memberikan penjelasan yang baik. lecturer tu bertindak mengoyakkan kertas presentation dia. bagaimanakah agaknya kalau lecturer tu tahu akan hal sebenar. simpatikah atau tiadakah belas kasihan?

5.atun tak pernah tersedar dari koma.
dia tak sempat meninggalkan sebarang pesanan..
atau meminta maaf atas kesilapan..
atau mungkin untuk menyatakan penghargaan..
dan yang ditinggalkan juga tak sempat..
memulangkan nota mungkin..
berbuka bersama mungkin..
menyatakan betapa pentingnya atun dalam kehidupan mereka mungkin..

aku..apa agaknya yg aku tinggalkan jika aku mati hari ni.
kain, baju, selimut yang tak sempat aku basuh
buku kisah aku yang tak sempat aku tulis
hutang jpa, keta yg tak abis bayar
rindu yg hampir tak tertanggung

dan pesanan aku:
dude, bakar tiga kotak besar belakang pintu bilik aku
format pc aku :|
dan jgn cerita apa-apa tentang apa yang aku rasa
dan bagaimana aku melalui hidup
biar cerita dan rasa itu mati bersama aku

6. tiba-tiba.. (aku masih di ruang yang sama yang memisahkan dua pintu antara jenazah dan penziarah)
jaga 1 kepada jaga 2: hoi! kau buat apa?!
jaga 3 kepada jaga 2: padan muka kau kena tulis report. sapa suruh ko bagi masuk ramai-ramai!
jaga 2: itula, mula-mula aku nak suruh semua keluar tapi staff nurse kata takpe lak sebab budak tu dah nazak..
jaga 1: pan*** aaa staff nurse pompuan tuh!
.. dan mereka saling mencarut dan bergurau-gurau dan ketawa kecik. berketawa di satu ruang yang memisahkan manusia-manusia yang sedang bersedih. aku rasa marah. aku rasa hina berada di satu ruang yang sama dengan mereka. silap rupanya aku.. ruang sunyi ini tidak menginsafkan mereka malah tidak memberi sebarang makna langsung terhadap hidup mereka. tiada impak.

7.masing-masing sudah boleh mengusik chef rs (chef rs pernah jadik makcik kantin sekolah derang) .. dan mereka sudah boleh ketawa! serta merta aku berfikir. jika aku yang terbaring tak bernyawa. berapa lamakah sehingga korang boleh tersenyum dan bergelak ketawa semula. adakah semasa aku sedang dimandikan. atau dikafankan? siapakah yang pertama lupa tentang aku..dan siapakah orang terakhir yang berhenti bersedih.. atau siapakah yang paling terkesan dengan kematian aku?

i guess i have to be dead first to know..