hey! :)
tiba-tiba saya rasa begitu teruja mendefinasikan siapa kamu disaat saya berdiri sekarang.
at this very moment.27 disember 2006. 6.48 petang.
kamu adalah hantu.. menghantui saya
kamu adalah bayang-bayang.. sentiasa mengekori saya
kamu adalah warga asing yang mendapat taraf pemastautin tetap dalam hati saya
dekat tapi jauh
"saat ini..aku rinduu..biarpun kau ada didepanku~~"
poyo sungguh..lagu ni dinyanyikan senior saya kepada kawan saya dengan bersaksikan saya sebagai umpan nyamuk menemankan mereka berdating..
"depan mata pun rindulah.."
eii tak logiknya..dah depan mata apa nak rindu lagi..
dah ada depan mata,rindu lagi, tak tau nak buat apa..tengok dengan sepuas-puasnya..tapi masih tak hilang rindu lagi..pada setiap garis
tapi dalam kes kawan saya.. dia buat batu, stone. jadi tugu negara kat situ sebab dia tak suka kat senior tu. atau dia suka tapi malu. ntah, saya tak ingat yang mana satu. jadi inilah yang dikatakan dekat tapi jauh ya puan-puan..jasad jer berada disitu tapi hati ntah kat mana..kesian senior saya..macam bercakap dengan patung cendana.
"rindu tu macam mana?" tanya rusrus
rindu itu adalah salah satu dari spesis rasa.simptomnya adalah keresahan..jantung berdebar~~hati bergetar, ambooiii~~~(asyik,asyik,asyik)..kebengongan.. dan bila skalanya menjadi lebih tinggi, kita akan mula berhalusinasi dan menterjemahkannya dalam mimpi..
(teori "wish-fulfillment" sigmund freud: mimpi adalah sesuatu yang tak dapat dicapai di alam sedar, sambungan kepada apa yang berlaku pada siang harinya)
quote: *nada bosan* mimpila selagi kau boleh mimpi, kenanglah selagi kau boleh kenang..*yawn*
jauh tapi dekat
walau dimana kau berada..
walau jauh mana jarak kita..
kita tetap pandang bulan yg sama..
(!hey,bulan tu aku yg punya!)
(!tak malu..ntah bila masa..)
(!eh,hehe..bukan dah ekk..err dulu la..satu masa dulu..)
"weih, ko bukak radio apa? blh karoke sesama.."
jarak kita jauh..melaka-kl..tapi kita dekat..
"korang,bukak radio era..dengar lagu ni.." <--suara dari walkie talkie
jarak kita jauh..dalam dua bas yang berbeza, tak sampai 10 meter..jauh..tapi kita dekat..
"malam ni tgk tv..ada satu lagu best..ello..pergi utk kembali.."
jarak kita jauh..singapura-kl..tapi kita dekat..
"hey,buat apa tu..jauhnya..meh dekat.."
jarak tak sampai sejengkal terasa jauh..
dekat tapi terasa jauh lalu mendekat..
*snap*