
pada satu hari
disclaimer:entry ini mengandungi 50% umpatan
(read at your own sin)
aku ada seorang pekerja yang selalu menaikkan darah aku (baca:menaikkan darah chief chef aku menyebabkan chief chef aku mengadu domba dengan aku dengan perasaan marah yang berkobar-kobar menyebabkan kenaikan darah aku juga)
mari berkenalan dengan "entil".(nama timangan sumbangan pet worker aku.nanti dalam entry lain aku citer pasal dia plak).
si entil adalah seorang pekerja indonesia dengan permit berusia lingkungan awal 30-an berstatus janda berketurunan jawa dan tidak pandai bertutur bahasa melayu.(slang jawa maha pekat).dan dia adalah seorang yang buta huruf! aku tak kata orang buta huruf tu bodoh (mungkin dia antaranya), mungkin persepsi dia terhadap dunia tu berbeza. (note:maktok aku, iaitu antara orang yang paling aku sayang dalam dunia tu pun buta huruf.jadi, menghina orang buta huruf dengan mengatakan mereka bodoh tak termasuk dalam agenda penceritaan ini)
mungkinkah sebab dia buta huruf menyebabkan dia menjadi manusia yang sangat lambat pikap sebab dia tak boleh nak tulis list apa benda yang dia kena buat..
atau mungkinkah sebab dia buta huruf menyebabkan kebanyakan benda yang dia goreng hangus sebab dia tak boleh nak tulis jangkaan masa benda-benda tu masak..
dan aku tak paham kenapa dia sungguh bodoh sombong dalam keadaan dia yang buta huruf tu.dahlah bodoh,orang nak ajar sombong plak tu..pikir dia je lah yang betul.. pastu kalau dia salah, tak pernah nak ngaku, mesti nak salahkan orang lain..
si entil selalu rasa diri dia terer and superior sebab dia lebih dulu kerja dari dua orang pekerja dapur yang lain tu..setiap hari dia akan sibuk mengarah itu ini sampai kalau aku ada, dengan haku haku sekali kena arah..ai, sapa boss ni?
dia ni ala-ala dengki-dengki sket kalau org rehat-rehat.. salu petang-petang kalu orang tak ramai kitorang dok baca paper kat depan, sibuk dia nak baca paper gak kat belakang..selak setiap mukasurat tu..macam real jer..mana la tak selalu kena buli dengan pekerja lain..
dan dia adalah seorang yang banyaaaaakkk cakap..semua benda pun dia nak ulas..hatta nampak semut sekali pun..kira semua dalam kepala otak dia tu transparent giler aaa..apa terlintas terus cakap.. dengan loghat jawa pekat dan volume 8..
sikit punya panjang daa..intro si entil..
satu lagi.. satu lagi.. dia ni suka menjatuhkan barang..bayangkan kita tengah sikit punya nikmat
ok dah. kang panjang lagi kang jadi memoir si entil plak kang..
ni nak citer..
ahad arituh..masa tengah berkemas-kemas nak balik nak tutup kedai tiba-tiba aku terperasan aku tak baca paper lagi ari ni. ari ahad biasanya kitorang akan beli set lengkap mingguan,berita minggu,kosmo n metro..
ok.aku pun carilaa.. kumpul punya kumpul.. tinggal satu jer takde.. metro.
dah carik pakai mata takde, aku pun start la carik pakai mulut..
"sapa ada nampak metro?"
takde jawapan.. kulu kilir.. kulu kilir.. carik metro..
"sapa ada nampak metro?"
volume sudah up sket..
mamat rambut straighten geleng kepala tanda tak nampak..
"sapa yang amik metro ni, tau baca tak tau pulang! tak letak balik! blablabla potpet potpet! tuut!"
aku dah naik baran.. nada aku makin lama makin tinggi..
tiba-tiba..
"ADA! TUNGGU!"
kedengaran suara si entil
dari sudut penjuru dapur yang gelap sebab dah tutup lampu
suara volume 8 <- nak lawan suara aku tuh
aku pun berkejar ke tempat kejadian..
"mana?" aku tanya
"hah?" si entil jawab sambil buat muka bengap
"mana suratkhabarnya?!!" hilang sabar aku
"di sinilah saya.. saya lagi rendam kain ini.. tunggulah.. sekejab lagi.."
(volume 8 1/2 tanda protes)
ya rabbi... aku dah tau dah.. ni mesti kes pekak badak tak paham bahasa ni..
"kamu dengar apa?!! saya tanya koran!! koran!! kamu ada nampak apa nggak?!!"
kan dah tiba-tiba aku jadik indon
"saya pikir mau tinggalin saya..disuruh cepat..saya kan lagi rendam kain ini..nanti esok senang dibasuh..kainnya sudah direndam ini malam..naaahhh"
banyak cakap plak dia
"habis tu kamu nampak koran tak?"
aku pun dah berjangkit bengap..pegi tanya dia lagi buat hapa..
tiba-tiba dia hangin
"mana saya tau!! tak baca!! itu si chief chef sama itu pet worker yang selalu baca!!"
volume 8 1/2 versi self defense
cess..membazir masa aku jer bertekak dengan org macam ni..
bila keadaaan dah tenang, aku pun dah jumpa metro tu (ada jer atas meja,aku jer yang buta), kitorang pun bersiap-siap nak balik. dari jauh aku nampak dia kat tepi keta aku.. membelakangkan aku..aku nampak macam tangan dia kat muka..
haa..sensitip la tu si entil nih.. nangis la tu..
so, aku pun pegila dekat dia senyap-senyap konon-konon nak pujuk-pujuk sket..
sekali dia tengah KOREK IDUNG daa!
erkh! yek! yek! pengotor nak mampus! dah tu dah nampak aku tengok dia, bukannya dia nak berenti.. lagi juling lagi ada..apa jenis manusia daa..
ya..baru aku teringat dia pernah korek cagu kat kuku kaki pakai pisau potong isik ayam utk masuk dalam nasik goreng yang korang selalu order tu..hehe..nasibla..makan cagu si entil!
Tuhan..selamatkan aku dari serangan jantung..aku taknak mati cepat..
dan hidup yang tak lama ni tak nak aku bazirkan..