Thursday, January 11, 2007

[18] life will get better

chapter 1: undang-undang kecil

saya mempunyai reputasi sebagai cucu kesayangan dan menyandang title itu selama 29 tahun berturut-turut.. (perasan)

maktok saya adalah seorang yang sangat particular dan kuat berleter. cuba anda bayangkan gabungan keduanya..

rumah maktok saya sangat besar dan terbentang luas.. dan penuh dengan undang-undang kecil tak bertulis.. untuk cucu-cucunya seramai 22 orang (termasuk saya si pemegang title.. tiada pengecualian kredit). antaranya:-

1.tak boleh berlari. tak boleh main kejar-kejar, tak boleh berlari keliling meja, tak boleh berlari dari pintu depan ke dapur. nanti maktok pening pala..
2.tak boleh dok dekat-dekat dengan langsir, tak boleh main semunyik-semunyik belakang langsir, tak boleh berdiri tepi langsir, tak boleh pegang langsir pun.. maktok takut langsir tercabut..
3.tak boleh makan aiskrim dalam rumah..nanti menitik..semut..
4.tak boleh letak gelas atas lantai walaupun kita ada kat sebelah gelas tu..kena letak tinggi-tinggi atas meja..nanti tersepak..tumpah..pecah..nanti kaca halus masuk kaki..
5.tak boleh letak gelas tepi-tepi meja.. kena letak tengah-tengah..takut jatuh..pecah..nanti kaca halus masuk kaki..
6.tak boleh bukak tutup peti sejuk..maktok rimas..
7.tak boleh tidur lambat lebih dari pukul 10..eii tak tau napa..
8.tak boleh bangun lambat gak..aaa..sebab ni la agaknya..
9.tak boleh tak tutup suis.apa-apa suis pun la..lampu ker, kipas ker..membazir letrik..

mm common sense la tu kan.. tapi kadang-kadang terlepas pandang..

jadi, alkisah pada satu hari ahad yang tenang..
saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mempunyai undang-undang kecil saya sendiri. dan ia adalah berkenaan dengan permintaan dan permintaan yang dipertimbangkan untuk diperkenankan..

1.adapun dengan ini bahawasanya permintaan itu haruslah dibuat secara direct kepada saya tanpa perlu pihak ketiga sebagai burung kakak tua yang menyampaikan permintaan itu kepada saya.
2.saya mahu ucapan "terima kasih" sebagai balasan.. dengan itu tiada siapa yang berhutang apa-apa dengan saya..samada budi maupun body :p

yeay! saya sudah mempunyai undang-undang kecil saya sendiri
(common sense tapi kadang-kadang terlepas pandang..)

i've state my terms

chapter 2: i'm the boss!

proudly introducing the new boss in town! yahaha..secara rasminya aku jadik boss yang berstaff di awal tahun 2007..

sebelum
"kita mesti jadik boss yg profesional tau..tak boleh tengking2, tak boleh cakap kuat-kuat,kena jaga status,jangan nanti staff kita tak respek kita,masa kerja kena serius.."
"ok. aku pun. aku nak jadik boss yang kontrol macho garang.. pastu aku nak suruh dia panggil aku boss!"

macam best jer..

selepas
"woi! jangan isap rokok tak bukak tingkap la bodoh..nanti aku kena cancer.."
"kepala tengkorak ko! aku dah bukak tingkap la ni.."

"ko tunggu jab,aku nak kencing ni.." kata cik psycho seraya membuka pintu bilik yang ada bilik air didalamnya..
"mak ko! terperanjat aku" <--pucat
"apsal?" <--sambil lewa.. (cik psycho ni selalunya propa jer lebih..)
"bila aku bukak pintu ni tiba-tiba pintu bilik air yang kat dalam tu tetutup..degish" <--siap buat sound effect tu..
"lorr..buduhnyerr..memanglarrr!!! ko tak belajo sains bab tekanan udara ker masa sekolah dulu???"
"belajor la bangang.." <--selamba sambil masuk bilik air

mm..harammm..

directors at work

chapter 3: aku diurat

tak percaya? aku pun. mari kita lihat apa yang aku dengar melalui telefon di satu petang yang hening..(background music: aku ada karna kau ada by radja)

"first time i tengok u, i rasa nak berkawan dengan u"
"i rasa selesa bercakap dengan u"
"i rasa u different"

mamat ni client aku..nampak sempurna dan cukup sifat..satu hari tu aku g opis dia yg nak direnovate tuh..
ok..nak lagi? tak cukup geli tu..

"adik i dah kawin, sorang lagi baru bertunang..buat i berfikir sampai bila i nak sorang2 macam ni.."

ok..apa kena mengena dengan aku?

"kalau i kawin..umur i 25..i kawin dengan org umur 29..kalau i betul-betul cinta dan sayang dia, i rasa insyaAllah sampai bila-bila i akan setia"

ya..dia berumur 25 taun..erk, yg 29 tu macam aku jer tu.. ko bior betul.. eii mamat ni.. dan sebelum itu..

"i suka bermanja-manja..sebab tu i suka perempuan yang lebih tua dari i"

mental agaknya budak ni.. ini buktinya..

"satu hari nanti i teringin nak tgk u pakai baju melayu."
aku: "hah???"
"eh, i mean baju kurung..i teringin nak tengok u pakai baju kurung kaler pink"
"i rasa u cantik.."

hamik..buta ker hapa mamat nih..
malas aku nak layan, aku cakap aku dah nak kawin taun depan..settle problem aku..
dan jawapannya..

"kalau u tak jadi kawin, u bagitau i..
..supaya i tau i ada peluang.."

haiyoooooo...mak yang dah nak menopos ni kena ngorat dengan budak baru bersunat..camner tu?

tak pasal-pasal aku dapat elaun skirt pendek..
(nota:elaun skirt pendek ialah sejenis elaun untuk membeli skirt pendek dengan tujuan mengurat client untuk mempermudahkan sebarang urusan syarikat..salu kitorg jual cik psycho jer..tapi la ni dia dah buncit..elaun tu dimansuhkan..tiba-tiba timbul balik daa...)

in making the effort, i express my utmost gratitude.
but no, thank you.


chapter 4: si bunga kuku

pada satu malam di depan kaunter sebuah pusat karaoke..

aku nampak dia datang dari jauh..
(hey si bunga kuku, senyum.. aku suka tengok kau senyum!)

berhenti betul-betul depan aku
berpandangan
senyum
senyum balik
"hai darling.." <--si bunga kuku sambil senyum meleret..

pilihan jawapan:
A.hai baby
B.hai sweetheart
C.hai honey
D.hai sayang
E.hai sugar (your smile as sweet as one)

jawapan:aku tidak menghitamkan sebarang bulatan diatas borang omr itu
markah: 0
result: Fail

aduuuuhhh..
mintak-mintak ada retest dengan soalan yang sama.. hehe

:)

No comments: