pada satu hari..
aku berasa amat sukar untuk melelapkan mata.. lalu aku menulis..
4.30 a.m
aku yang banyak hutang..
adeih..aku berhutang entry citer aku g bali..dah lebih seminggu..
sabar.. in progress..
"mana ada benda free dalam dunia ni!"
kata makcik aku..berpegang pada prinsip tu, setiap kali dia nak mintak tolong apa-apa pun dia akan bayar aku..tak kira la aku nak ke tak nak ke..dia akan bayar..
baru-baru ni..ada seorang boss besar sebuah company project management besar sudah dapat satu projek besar dan kena buat satu presentation besar..nak dijadikan citer, seorang mamat besar ni yang sepatutnya handle presentation tu tengah bercuti disebabkan satu hal besar gak. jadi, itu boss besar yang merupakan present client salah satu projek kitorang sudah gelabah lalu meminta pertolongan daripada cik psycho untuk buat semua benda tu.. maka cik psycho pun berkampunglah menyiapkan presentation besar itu.. lalu berasa tersangat terhutang budi lah boss besar itu..berkali-kali dia cakap i lap u kat cik psycho..maka berkira-kira lah dia untuk membayar cik psycho yang tak makan tak minum sepanjang hari dok ngadap buat benda tu dengan wang beratus-ratus ribu rupiah tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh cik psycho. cik psycho mahu menyaiko boss besar supaya kitorang dimasukkan jadik part of the team projek tuh di kemudian hari. cik psycho tau boss besar pun ada pegang itu prinsip "hutang budi boleh dibayar" dan kalau tak bayar akan rasa berhutang jer..
arakian tiga watak di atas bolehlah diletakkan dalam kategori pencalonan yang sama iaitu sebagai manusia yang melihat bahawa setiap budi itu haruslah dibalas..tak kiralah nak balas dengan budi juga mahupun rupi..dan selagi tidak dibalas, mereka akan terasa berada di dalam beban hutang 1-0..dan berada dalam keadaan berhutang tu sungguhla tak syok..
aku plak,
kadang-kadang ada satu masa tu aku dibantu dalam keadaan aku sangat-sangat memerlukan..tapi takdelak aku terpikir aku nak bayar orang yang membantu aku tuh..cuma aku akan rasa sangat-sangat berterima kasih dalam hati..mmm..
cuma baru-baru ni aku terpikir..
ada sesuatu yang berlaku dalam hidup aku yang telah aku jalani yang sangat terkesan di hati..dan rasa sangat berterima kasih itu pun masih tak cukup..dan aku akan sentiasa terhutang sampai mati..
2006 adalah tahun yang amat bererti buat saya..
ibu yang saya sayangi pergi pada tahun 2006..
mengajar saya erti KEHILANGAN..
-Halim Othman acceptance speech ABPBH 2006-
Tuesday, February 06, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
haiyoooooooooooooo....have u ever heard of ` hutang budi gadai bodi???!'...yahahaha....mak tanam budi dgn harapan dpt seguni projek maaaaaaaaaaa...ihiks :p
Post a Comment