Monday, February 12, 2007

[22] selamat datang ke Pulau Dewata!

pada satu hari..

aku g bali buta-buta.. tanpa homework sebab keje bertimbun kena siapkan..
bayangkan.. besar mana bali tu pun aku tak tau.. apadaa..

oleh itu, balik balik jer terus aku check apa yang aku miss..
1. exploring kuta beach.. cuci mata.. aduss..padahal dekat jer.. jalan kaki sampai..
2. daerah mas.. tempat seni ukiran kayu..
3. kecak dance.. derang menari keliling api
4. tengok orang surfing.. eishh.. salu tgk dalam tv jer
5. sunrise pantai sanur.. pagi2 dok membuta jer dalam bilik..
6. pura uluwatu.. best giler view dia..
and the list goes on..

ishh...harus pegi lagi ni..

aku dah check..ada jer hotel murah2..kalu yang pakai kipas tu, satu malam baru 30 ringgit.. pastu sewa satu motor, 24 jam 12 ringgit.. pastu ronda-ronda..lepak-lepak tepi pantai..perghh..best gilerr.. (tiket air asia rm129.. mm menarik kan..)

pulau bali ni memang pulau pelancongan..jadi kebajikan pelancong sangat dijaga..mana-mana boleh nampak polis..pastu kat sini takde pencurik, tinggalkan kedai macam tu jer pun takder orang merampok..pastu kat sini jarang ada eksiden, sebulan ada la sekali kot.. derang bawak laju tapi berhati-hati.. hon sentiasa berbunyik.. samada nak potong keta ker.. nak potong moto ker.. nak lalu tepi orang pun derang bunyikan hon.. kalau kat tengah bandar tu.. nak melintas jalan senang.. banyak keta macam mana pun la.. derang mesti berenti untuk bagi pelancong melintas jalan.. sumber pendapatan la katakan.. mestila jaga.. yer dak.

ok. meh aku intro kan bali ni utk diri aku sendirik n sesapa yang malas banyak keje nak buat homework.. lain kali nak pegi dah tau.. takder la tercangak-cangak pikap data dari tourist guide..

Bali ni dipanggil Pulau Dewata atau Island of Gods sobab kat pulau ni ada beribu-ribu lemon "pura" iaitu tempat suci derang. pura ni maksudnya kubu..memang betul pun senibinanya macam kubu.. dalam tu penuh dengan patung-patungan dengan bermacam-macam rupa-rupaan.. tapi kegunaanya untuk acara agama la..temple omputeh kata..

Adapun 90% dari 3 juta penduduk kat sini beragama Hindu tapi berbeza versi dengan hindu yang ada kat muka bumi ni sebabnya hindu kat sini ada campuran budha sebab derang pernah dijajah oleh cina dan jepun..jadi agama derang bernama Hindu Budhist. Orang-orang kat sini adalah orang-orang yang lari dari pulau-pulau lain masa kemasukan agama Islam ke Indonesia..derang nak jugak pegang agama Hindu yang telah diwarisi dari nenek moyang derang tu yang derang lari ke Bali. datang sini aku macam pelik jer, muka semua melayu giler tapi agama hindu..

Derang ni sangatlah taat agama dan tebal budaya..sembahyang jer sepanjang masa..tourist guide kitorang tu pagi2 mesti ada beras kat dahi dia n bunga kecik kat dua2 belah telinga dia..acara agama derang ni berbagai-bagai dan berbeza masa dan hari antara satu keluarga dengan keluarga yang lain..yang sama semua ialah "persembahan kepada roh". derang ni percaya jasad ni tak kekal..roh berada di mana-mana..jadi supaya roh yang jahat tu tak kacau aktivitas derang maka kenala bagi persembahan berupa makanan kepada roh-roh ini.."persembahan" tu berupa daun kelapa yang dianyam berbentuk kotak sebesar tapak tangan, dalam tu derang letak bunga rampai, bunga kemboja, biskut mary dll. pastu masa nak letak persembahan ni derang pun baca-baca la sikit, renjis-renjis air apataktau sikit, pastu pasang colok.. satu hari kena buat 3 kali macam makan breakfast, lunch n dinner..

Makanan feveret derang 'babi guling'.. kira macam babi golek arr..seekor babi yang disula lalu dipanggang atas api.. macam gelis jes nak makan kat mana-mana..was was semacam jer..kata halal tapi ada masak babi gak..nasik goreng kampung dengan nasik goreng babi digoreng dalam satu kuali tu apa citer tuh.. jangan ler nak test makan kat mana2 kedai..hotel pun tableh pakai gaks.. tips: makan kat kedai masakan padang..kompem halal..

Pulau Bali ni luasnya 5620 km persegi..panjang 140km, lebar 80 km..untuk dibuat perbandingan:-
singapura - 699 km2.. mm kecik benor..
melaka - 1650 km2.. ooo.. lebih kurang 4 kali besar melaka
muar - 2346 km2 ..mm..dua kali ganda besor muor, eh muor sekali ganda besor dari melake
negeri sembilan - 6645 km2.. beso bali = n.9 - melaka
brunei - 5765 km2.. aaaaa...lebih kurang brunei rupanya bali tu..

separuh ke bahagian utara bali tu adalah gunung ganang dan gunung berapi..eii takut.. jadi aktivitasnya lebih tertumpu ke bahagian selatan dimana terdapat pantai-pantai yang cantik dan daerah-daerah penghasilan produk-produk seni berkualitas tinggis..di sini setiap daerah mempunyai produk dan artis yang tersendiri.. aku senaraikan..lain kali korang nak g senang..
tohpati - lukisan batik
celuk - barangan emas dan perak
batuan - lukisan bali, home of painter <--disyorkan! giler selamba galeri kat mana2
mas - ukiran kayu <-- tourist guide aku tak bawak aku g kat sini lain-lain daerah..
batubulan - tempat tengok tarian barong, kecak, keris, api <--aku tgk barong jer
kintamani - gunung berapi yang masih aktif
ubud - art market penglipuran - perkampungan tradisional
kuta - kawasan paling happening
legian - kedua happening sebab tepi kuta ih, banyak lagi nih..
nanti mintak brochure kat aku je lah..
macam penat sikit.. :)


bersambung..

2 comments:

Anonymous said...

hu..hu...harus makcik ke sana jua sih! ..tunggggggggggggguuuuuuuuu aku di bali! king..king..king

Anonymous said...

bila mau hapdet daaaaaaaaaaaa?