Tuesday, March 13, 2007

[23] aku datang la ni!

*bersawang*

pada satu hari..

mahu dengar cerita? cerita ini mungkin telah banyak kali dibaca atau diceritakan semula..tapi tak pernah ditulis disini..aku mahu menjadikan cerita ini berstatus cult lalu aku bercerita lagi..versi aku..

pada satu zaman dahulu telah berlaku satu kejadian tembak menembak di dalam sebuah peperangan yang dahsyat..peluru bersimpang siur di atas kepala..bom di sana sini..ramainya yang cedera parah dan mati..alkisahnya terdapat dua orang yang bersahabat baik..john dan jack..

selepas beberapa lama berbalas tembak..tiba-tiba si jack sudah kena tembak masa dia berlari-lari nak pegi kubu yang kat depan sikit tu.. si john masa tu kat belakang sikit.. keadaan makin genting.. jack dah hilang banyak darah.. sikit lagi nak mati dah..

john masa tu dengan ketua dia..
john: kapten..saya nak pegi dekat jack!
kapten: jangan..bahaya..ko tak nampak bom sikit punya banyak nih..lagipun si jack tu dah nyawa-nyawa ikan.. ko tak akan dapat selamatkan dia..

john tak peduli..dia pun berlari pegi kat jack..dalam pada tu dia pun kena tembak gak sket..tak lama lepas tu dia pun pengsan..

sedar-sedar dia dah ada kat spital..kapten dia pun datang melawat..
kapten: kan aku dah kata..ko tak akan dapat selamatkan dia..tak berbaloi..sekarang tengok, ko dah cedera..
john: ajal maut di tangan Tuhan.. yang penting saya ada ketika dia memerlukan saya..sebelum mati, jack sempat cakap..

"aku tau kau akan datang.."


pada satu hari..

di satu malam yang larut.. di sebuah rumah teres dua tingkat..berseorangan.. di atas meja, ada hidangan udang yang sangat besar lagi menggiurkan.. di atas kerusi, ada seorang budak gemuk lagi boroi yang tidak menggiurkan langsung sedang menikmati udang tersebut sambil membayangkan dia berada di mauritius..

selepas beberapa lama..tiba-tiba budak gemuk merasa kembang..dagu yang sudah sedia berlapis menjadi semakin berlapis-lapis..dan seperti tumbuh kelopak mata kedua..budak gemuk panik..kalau spiderman digigit spider beracun, cicakman digigit cicak beracun..adakah budak gemuk akan bertukar menjadi otak udang udang girl??!! arghh..sikit lagi budak gemuk akan bertukar menjadi belon..

budak gemuk: halo.. aku tengah kembang ni..ko kat mana? aaa? ooo jauh lagi..takpe aku drive sendiri g klinik..
capai kunci kereta tiba-tiba..eh..eh..apsal gelap ni..arghg..pitam..pitam..
budak kurus (pada masa itu): woi..tunggu..tunggu..aku dah dekat ni..

"walaupun iq kau kurang 5 dari aku.. aku tau kau akan datang.."

happy friendship day!