Tuesday, January 23, 2007

[20] high blood pressure



pada satu hari

disclaimer:entry ini mengandungi 50% umpatan
(read at your own sin)

aku ada seorang pekerja yang selalu menaikkan darah aku (baca:menaikkan darah chief chef aku menyebabkan chief chef aku mengadu domba dengan aku dengan perasaan marah yang berkobar-kobar menyebabkan kenaikan darah aku juga)

mari berkenalan dengan "entil".(nama timangan sumbangan pet worker aku.nanti dalam entry lain aku citer pasal dia plak).

si entil adalah seorang pekerja indonesia dengan permit berusia lingkungan awal 30-an berstatus janda berketurunan jawa dan tidak pandai bertutur bahasa melayu.(slang jawa maha pekat).dan dia adalah seorang yang buta huruf! aku tak kata orang buta huruf tu bodoh (mungkin dia antaranya), mungkin persepsi dia terhadap dunia tu berbeza. (note:maktok aku, iaitu antara orang yang paling aku sayang dalam dunia tu pun buta huruf.jadi, menghina orang buta huruf dengan mengatakan mereka bodoh tak termasuk dalam agenda penceritaan ini)

mungkinkah sebab dia buta huruf menyebabkan dia menjadi manusia yang sangat lambat pikap sebab dia tak boleh nak tulis list apa benda yang dia kena buat..

atau mungkinkah sebab dia buta huruf menyebabkan kebanyakan benda yang dia goreng hangus sebab dia tak boleh nak tulis jangkaan masa benda-benda tu masak..

dan aku tak paham kenapa dia sungguh bodoh sombong dalam keadaan dia yang buta huruf tu.dahlah bodoh,orang nak ajar sombong plak tu..pikir dia je lah yang betul.. pastu kalau dia salah, tak pernah nak ngaku, mesti nak salahkan orang lain..

si entil selalu rasa diri dia terer and superior sebab dia lebih dulu kerja dari dua orang pekerja dapur yang lain tu..setiap hari dia akan sibuk mengarah itu ini sampai kalau aku ada, dengan haku haku sekali kena arah..ai, sapa boss ni?

dia ni ala-ala dengki-dengki sket kalau org rehat-rehat.. salu petang-petang kalu orang tak ramai kitorang dok baca paper kat depan, sibuk dia nak baca paper gak kat belakang..selak setiap mukasurat tu..macam real jer..mana la tak selalu kena buli dengan pekerja lain..

dan dia adalah seorang yang banyaaaaakkk cakap..semua benda pun dia nak ulas..hatta nampak semut sekali pun..kira semua dalam kepala otak dia tu transparent giler aaa..apa terlintas terus cakap.. dengan loghat jawa pekat dan volume 8..

sikit punya panjang daa..intro si entil..

satu lagi.. satu lagi.. dia ni suka menjatuhkan barang..bayangkan kita tengah sikit punya nikmat meng usha makan ayam masak merah.. tiba-tiba.. *PRANGGGG!!* kuali jatuh.tak berdengung ko sakit ati?

ok dah. kang panjang lagi kang jadi memoir si entil plak kang..

ni nak citer..

ahad arituh..masa tengah berkemas-kemas nak balik nak tutup kedai tiba-tiba aku terperasan aku tak baca paper lagi ari ni. ari ahad biasanya kitorang akan beli set lengkap mingguan,berita minggu,kosmo n metro..

ok.aku pun carilaa.. kumpul punya kumpul.. tinggal satu jer takde.. metro.
dah carik pakai mata takde, aku pun start la carik pakai mulut..

"sapa ada nampak metro?"
takde jawapan.. kulu kilir.. kulu kilir.. carik metro..

"sapa ada nampak metro?"
volume sudah up sket..
mamat rambut straighten geleng kepala tanda tak nampak..

"sapa yang amik metro ni, tau baca tak tau pulang! tak letak balik! blablabla potpet potpet! tuut!"
aku dah naik baran.. nada aku makin lama makin tinggi..

tiba-tiba..

"ADA! TUNGGU!"
kedengaran suara si entil
dari sudut penjuru dapur yang gelap sebab dah tutup lampu
suara volume 8 <- nak lawan suara aku tuh

aku pun berkejar ke tempat kejadian..

"mana?" aku tanya

"hah?" si entil jawab sambil buat muka bengap

"mana suratkhabarnya?!!" hilang sabar aku

"di sinilah saya.. saya lagi rendam kain ini.. tunggulah.. sekejab lagi.."
(volume 8 1/2 tanda protes)

ya rabbi... aku dah tau dah.. ni mesti kes pekak badak tak paham bahasa ni..

"kamu dengar apa?!! saya tanya koran!! koran!! kamu ada nampak apa nggak?!!"
kan dah tiba-tiba aku jadik indon

"saya pikir mau tinggalin saya..disuruh cepat..saya kan lagi rendam kain ini..nanti esok senang dibasuh..kainnya sudah direndam ini malam..naaahhh"
banyak cakap plak dia

"habis tu kamu nampak koran tak?"
aku pun dah berjangkit bengap..pegi tanya dia lagi buat hapa..

tiba-tiba dia hangin
"mana saya tau!! tak baca!! itu si chief chef sama itu pet worker yang selalu baca!!"
volume 8 1/2 versi self defense

cess..membazir masa aku jer bertekak dengan org macam ni..

bila keadaaan dah tenang, aku pun dah jumpa metro tu (ada jer atas meja,aku jer yang buta), kitorang pun bersiap-siap nak balik. dari jauh aku nampak dia kat tepi keta aku.. membelakangkan aku..aku nampak macam tangan dia kat muka..

haa..sensitip la tu si entil nih.. nangis la tu..

so, aku pun pegila dekat dia senyap-senyap konon-konon nak pujuk-pujuk sket..

sekali dia tengah KOREK IDUNG daa!

erkh! yek! yek! pengotor nak mampus! dah tu dah nampak aku tengok dia, bukannya dia nak berenti.. lagi juling lagi ada..apa jenis manusia daa..

ya..baru aku teringat dia pernah korek cagu kat kuku kaki pakai pisau potong isik ayam utk masuk dalam nasik goreng yang korang selalu order tu..hehe..nasibla..makan cagu si entil!

Tuhan..selamatkan aku dari serangan jantung..aku taknak mati cepat..
dan hidup yang tak lama ni tak nak aku bazirkan..

Saturday, January 20, 2007

[19] second chance.. i'm blessed!

pada satu hari di tahun baru..

saya bersyukur saya masih hidup
saya bersyukur saya sihat
saya bersyukur ada penggerak suara, peminjam telinga
saya bersyukur masih mampu menikmati dunia..

ini hari tahun baru
tahun saya diakhiri dengan baik
tahun baru juga saya mulakan dengan makan megi baik
dan saya mengharapkan yang baik-baik dalam tahun baru saya
saya mahu jadi budak baik

saya merasa girang gemirang kerana mendapat peluang kedua untuk berazam..
ini dia azam saya.. tadaa...
-saya ingin menurunkan berat badan di bawah angka 5- dan menjadi miss world
hisyhh..so typical... lain..lain..next!

buat azam ada peraturan sebenarnya..tak boleh buat secara umum..kena spesifik..
baru percentage utk berjaya di akhir tahun tu tinggi..
salah:saya mahu jadi kaya
betul:saya mahu ada lebihan 1k di dalam akaun selepas saya membayar overhead,g lowyatt beli dvd pirate, dan joli2 katak mabuk mabuk dengan kawan-kawan minum kat kedai mamak lepas karoke dengan sora yang tak sedap langsung ada hati nak nyanyi lagu awie masa dia bujang n tengah couple dengan erra fazira.saya mahu ada lebihan 1k setiap bulan walaupun bulan itu saya g bali naik kapal terbang atau langkawi naik keta sampai rasa lumpuh dari pinggang ke bawah sampai disana kena tunggu turn naik feri sebab tak tempah tiket feri awal-awal walaupun tau raya cina kan orang ramai semua nak g langkawi dah dapat naik feri berebut-rebut tempat di tepi dinding feri keluarkan tali tangsi masing-masing lalu memulakan aktiviti mencandat sotong diatas feri..

hmm..
tu contoh jer tu..
aih, susahnya nak pikir azam nih..
dah dibagi peluang kedua nih..
tak menghargai langsung..

tapi saya taknak la berazam semata-mata sebab orang lain ada azam saya takde azam..dan saya taknak juga berazam semata-mata sebab saya diberi peluang kedua untuk berazam..dilema..dilema..

(susahnya nak abiskan entry ni..)
jadi saya akan berazam bila-bila masa saya rasa saya mahu berazam
walaupun org putih akan kata saya "take it for granted"
tapi saya hanya akan buat
benda yang saya nak buat
bila-bila bila saya suka buat
(banyaknya bila..bila tu agaknya?)


apa senyum?

Thursday, January 11, 2007

[18] life will get better

chapter 1: undang-undang kecil

saya mempunyai reputasi sebagai cucu kesayangan dan menyandang title itu selama 29 tahun berturut-turut.. (perasan)

maktok saya adalah seorang yang sangat particular dan kuat berleter. cuba anda bayangkan gabungan keduanya..

rumah maktok saya sangat besar dan terbentang luas.. dan penuh dengan undang-undang kecil tak bertulis.. untuk cucu-cucunya seramai 22 orang (termasuk saya si pemegang title.. tiada pengecualian kredit). antaranya:-

1.tak boleh berlari. tak boleh main kejar-kejar, tak boleh berlari keliling meja, tak boleh berlari dari pintu depan ke dapur. nanti maktok pening pala..
2.tak boleh dok dekat-dekat dengan langsir, tak boleh main semunyik-semunyik belakang langsir, tak boleh berdiri tepi langsir, tak boleh pegang langsir pun.. maktok takut langsir tercabut..
3.tak boleh makan aiskrim dalam rumah..nanti menitik..semut..
4.tak boleh letak gelas atas lantai walaupun kita ada kat sebelah gelas tu..kena letak tinggi-tinggi atas meja..nanti tersepak..tumpah..pecah..nanti kaca halus masuk kaki..
5.tak boleh letak gelas tepi-tepi meja.. kena letak tengah-tengah..takut jatuh..pecah..nanti kaca halus masuk kaki..
6.tak boleh bukak tutup peti sejuk..maktok rimas..
7.tak boleh tidur lambat lebih dari pukul 10..eii tak tau napa..
8.tak boleh bangun lambat gak..aaa..sebab ni la agaknya..
9.tak boleh tak tutup suis.apa-apa suis pun la..lampu ker, kipas ker..membazir letrik..

mm common sense la tu kan.. tapi kadang-kadang terlepas pandang..

jadi, alkisah pada satu hari ahad yang tenang..
saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mempunyai undang-undang kecil saya sendiri. dan ia adalah berkenaan dengan permintaan dan permintaan yang dipertimbangkan untuk diperkenankan..

1.adapun dengan ini bahawasanya permintaan itu haruslah dibuat secara direct kepada saya tanpa perlu pihak ketiga sebagai burung kakak tua yang menyampaikan permintaan itu kepada saya.
2.saya mahu ucapan "terima kasih" sebagai balasan.. dengan itu tiada siapa yang berhutang apa-apa dengan saya..samada budi maupun body :p

yeay! saya sudah mempunyai undang-undang kecil saya sendiri
(common sense tapi kadang-kadang terlepas pandang..)

i've state my terms

chapter 2: i'm the boss!

proudly introducing the new boss in town! yahaha..secara rasminya aku jadik boss yang berstaff di awal tahun 2007..

sebelum
"kita mesti jadik boss yg profesional tau..tak boleh tengking2, tak boleh cakap kuat-kuat,kena jaga status,jangan nanti staff kita tak respek kita,masa kerja kena serius.."
"ok. aku pun. aku nak jadik boss yang kontrol macho garang.. pastu aku nak suruh dia panggil aku boss!"

macam best jer..

selepas
"woi! jangan isap rokok tak bukak tingkap la bodoh..nanti aku kena cancer.."
"kepala tengkorak ko! aku dah bukak tingkap la ni.."

"ko tunggu jab,aku nak kencing ni.." kata cik psycho seraya membuka pintu bilik yang ada bilik air didalamnya..
"mak ko! terperanjat aku" <--pucat
"apsal?" <--sambil lewa.. (cik psycho ni selalunya propa jer lebih..)
"bila aku bukak pintu ni tiba-tiba pintu bilik air yang kat dalam tu tetutup..degish" <--siap buat sound effect tu..
"lorr..buduhnyerr..memanglarrr!!! ko tak belajo sains bab tekanan udara ker masa sekolah dulu???"
"belajor la bangang.." <--selamba sambil masuk bilik air

mm..harammm..

directors at work

chapter 3: aku diurat

tak percaya? aku pun. mari kita lihat apa yang aku dengar melalui telefon di satu petang yang hening..(background music: aku ada karna kau ada by radja)

"first time i tengok u, i rasa nak berkawan dengan u"
"i rasa selesa bercakap dengan u"
"i rasa u different"

mamat ni client aku..nampak sempurna dan cukup sifat..satu hari tu aku g opis dia yg nak direnovate tuh..
ok..nak lagi? tak cukup geli tu..

"adik i dah kawin, sorang lagi baru bertunang..buat i berfikir sampai bila i nak sorang2 macam ni.."

ok..apa kena mengena dengan aku?

"kalau i kawin..umur i 25..i kawin dengan org umur 29..kalau i betul-betul cinta dan sayang dia, i rasa insyaAllah sampai bila-bila i akan setia"

ya..dia berumur 25 taun..erk, yg 29 tu macam aku jer tu.. ko bior betul.. eii mamat ni.. dan sebelum itu..

"i suka bermanja-manja..sebab tu i suka perempuan yang lebih tua dari i"

mental agaknya budak ni.. ini buktinya..

"satu hari nanti i teringin nak tgk u pakai baju melayu."
aku: "hah???"
"eh, i mean baju kurung..i teringin nak tengok u pakai baju kurung kaler pink"
"i rasa u cantik.."

hamik..buta ker hapa mamat nih..
malas aku nak layan, aku cakap aku dah nak kawin taun depan..settle problem aku..
dan jawapannya..

"kalau u tak jadi kawin, u bagitau i..
..supaya i tau i ada peluang.."

haiyoooooo...mak yang dah nak menopos ni kena ngorat dengan budak baru bersunat..camner tu?

tak pasal-pasal aku dapat elaun skirt pendek..
(nota:elaun skirt pendek ialah sejenis elaun untuk membeli skirt pendek dengan tujuan mengurat client untuk mempermudahkan sebarang urusan syarikat..salu kitorg jual cik psycho jer..tapi la ni dia dah buncit..elaun tu dimansuhkan..tiba-tiba timbul balik daa...)

in making the effort, i express my utmost gratitude.
but no, thank you.


chapter 4: si bunga kuku

pada satu malam di depan kaunter sebuah pusat karaoke..

aku nampak dia datang dari jauh..
(hey si bunga kuku, senyum.. aku suka tengok kau senyum!)

berhenti betul-betul depan aku
berpandangan
senyum
senyum balik
"hai darling.." <--si bunga kuku sambil senyum meleret..

pilihan jawapan:
A.hai baby
B.hai sweetheart
C.hai honey
D.hai sayang
E.hai sugar (your smile as sweet as one)

jawapan:aku tidak menghitamkan sebarang bulatan diatas borang omr itu
markah: 0
result: Fail

aduuuuhhh..
mintak-mintak ada retest dengan soalan yang sama.. hehe

:)