Wednesday, December 03, 2008

[43] a man named cicero

Rome

During the time of the Roman Empire, Cicero had his own beliefs on friendship. Cicero believed that in order to have a true friendship with someone there must be all honesty and truth. If there isn’t, then this isn’t a true friendship. In that case, friends must be one hundred percent honest with each other and put one hundred percent of their trust in the other person. Cicero also believed that for people to be friends with another person, they must do things without the expectation that their friend will have to repay them. He also believes that if a friend is about to do something wrong, and something that goes against your morals, you shouldn’t compromise your morals. You must explain why what they are going to do is wrong, and help them to see what the right thing to do is, because Cicero believes that ignorance is the cause of evil. Finally the last thing that Cicero believed was that the reason that a friendship comes to an end is because one person in that friendship has become bad.


jaded

Friday, November 28, 2008

[42] bond

disclaimer: this bond entry is from my point of view..based on what i've gone through at this point of living..bukan semestinya benar dan tak semestinya salah..


pada satu hari aku tengok tiga budak lelaki..sepupu yang dok kat lain tempat..berjumpa masa cuti sekolah..apa derang buat?

1. compare skill shuffle.. budak-budak sekolah rendah tengah gigih asah bakat skill ni..
2. tengok kartun citer battle b-daman.. citer pasal budak jepun lawan guli..
3. berlari-lari kat taman.. main kejar-kejar.. main tangkap berudu..
4. pastu dah maghrib mandi sama-sama..

ini dinamakan bonding.. versi budak-budak..


pada satu hari aku teman osmet melepak kat oldtown.. jumpa kawan lama.. apa yang kitorang borakkan?

1. update status masing-masing sekarang.. sorang not single but available, sorang lagi single but not looking but looking.. erkk.. ntahler..
2. citer benda lama-lama dulu.. pasal bangku depan asrama kenanga?
3. plan aktiviti akan datang.. karoke pastu karoke pastu karoke..

ini dinamakan rebonding


osmet bawak kawan, kawan osmet bawak kawan-kawan.. maka haruslah kita berkenal-kenalan.. macam mana nak berkenalan?

1. karaoke sampai putus napas..
2. bujang-bujangan tengok world water ski championship kat putrajaya..
3. lepak kat oldtown borak-borak gelak-gelak minum air suam..lagi dan lagi dan lagi..
4. karaoke nyanyi lagu jelmol, lagu inul, lagu ramlah ram, ziana zain, zaiton sameon dan sekutunya.. lagi dan lagi dan lagi..

ini dinamakan bonding.. versi orang dewasa..


ada lagi..facebook,komen-komen gambar, post gambar tucen..baca blog, tulis-tulis sajak, komen-komen entry..

cyber bonding namanya.. senangkan? tak payah jumpa pun..tetap tau latest info..

________

dr. house jr. doing metaphor. bond = gam .gam ada banyak jenis gam. bergantung jugak pada material yang kita nak lekatkan tu.kayu ke batu ke.. cara nak kasi lekat tu pun macam-macam jenis gak..ada tu sapu, terus lekat.. ada tu, sapu pada kedua-dua permukaan..tunggu kering...cantumkan..pastu hempap dengan buku teks..remeh? ya. leceh? ya. tapi hasilnya sangat kuat..

macam mana nak tau kuat mana? kena la buat load test 5 kg uji.. kena bagi tekanan..lagi payah nak terkopak maksudnya lagi kuat la gam tu kan.. ada jugak benda yang kita bagi tekanan tu, sebelah jer yang kopak kapik..sebelah lagi elok jer.. ada jugak benda yang kita nampak jer macam kuat.. bila kita uji sket.. rapuh rupanya..

nak kena bagi translasi kah? tak payah la kot..


eh, sebelum terlupa.. ada satu lagi jenis bonding..forced bonding nama dia..macam kita tiba-tiba kena g plkn dengan satu-satunya budak dari sekolah kita..ataupun kita naik kapal terbang, tiba-tiba terhempas kat satu pulau takder orang dengan doploh orang jer yang selamat.. nak ker.. taknak ker.. tetap kena berbonding-bonding..

masih lagi berkenaan forced bonding.. ada sorang ni pernah bergurau dengan nada serius (atau serius dalam gurau?..) kat aku.. dan dia selalu ulang ayat ni..

"takde pilihan"..

buat aku berfikir...

"jadi, setelah ada pilihan?"
.
.
.
.
.
.
abaikan.. small matter..

redken over-analyzing

Thursday, November 27, 2008

[41] mr raphael

pada satu hari tiba-tiba ada kendurik adhoc sempena jiran baru mengecat rumah.. sementara tunggu jiran baru n osmet masak, kitorang pun borak-borak depan tv..

kakak dud : macam mana peksa baru ni..ok ka?

fathul hikmah,16 : ok..

kakak dud : bm, dapat A tak, b.i? matematik dapat berapa? fizik? bio? kimia yang belajo umah kitorang aritu camner result?

fathul hikmah,16 : kimia okkkk...

kakak dud : A?

fathul hikmah,16 : satu markah lagi nak fail...hiks!

adik sapa la ni...hehehe...


fathul hikmah,16 : kakak dud terer sejarah tak?

kakak dud : tererrrrrr...

fathul hikmah,16 : sapa lukis monalisa?

kakak dud : da vinci

fathul hikmah,16 : macam tak faham la..apa sumbangan raphael dgn michelangelo..

kakak dud : oooo..derang tu teenage mutant ninja turtle laaa!!!

blur jer budak tu...masa zaman dia tv tak tayang dah kartun tu.. hehehe..



inila raphael..



ni lak michelangelo..

Thursday, November 20, 2008

[40] entry super basi - menggangu

pada satu hari aku rasa terganggu dengan entry yang tak berpost ni... 2 bulan dah dok melepek kat atas desktop aku...so, here goes..

mengganggu

1. hari sabtu baru ni aku bukak puasa kat sg.wang..sangat ramai bebudak sekolah berpakaian pelik-pelik berkumpul kat depan tu..dengan geng masing-masing..menari shuffle..yang mengganggu bila derang hisap rokok n makan dan minum secara terbuka..ini bulan ramadhan kan? tak puasa dan tak hormat bulan puasa! anak siapa derang ni? sapa mak bapak dia? apa nak jadik bila derang besar nanti? sapa punya tanggungjawab ni? apsal takde orang tangkap? mana pegi penguatkuasa? makan gaji buta ker? shopping raya ker hari sabtu ni? ni kat malaysia ker bukan?

2. hari ahad aku bukak puasa kat jusco..food court.restoran semua dah fully booked..yang mengganggu bila cina-cina ni macam tak paham-paham..meja dah la tak cukup..waktu berbuka dah dekat..boleh plak tu dah abis makan tapi masih lepak-lepak borak-borak..consider la sikit kat orang yang menahan diri dari lapar dan dahaga satu hari ni.. ada tu, time tu la jugak nak berebut-rebut nak carik meja jugak..nak makan jugak..dah berapa lama duduk malaysia..takkan tak tau time orang nak bukak puasa..come on laaaa...

3. jusco pun satu..tak peka langsung..pasang la radio ker..buat announcement masuk waktu berbuka ker..ni tak...pasang lagu lagi ada..dok la kitorang ni berteka-teki-tekuk..dah azan ke belum ni? dey! ni malaysia ker bukan?

4. ada sorang tu pulak, degilnya ya rabbi!! nampak jer macam lembik dan kaki tido..tapi liatnyaaaa...tuhan saja yang tau..tak tau ker orang dah menyampah..tak sedar ker awak tu dah jadik liabiliti??? mengganggu betul!!!

emosi puasa

Monday, August 04, 2008

[39] kill the joker

pada satu hari..

selamat datang ke rancangan "mari mengumpat osmate sendiri"

aku ada sorang osmate..osmate aku adalah orang paling tak kelakar dalam dunia...


contoh 1:

"sapa yang basuh baju tak abis ni???!!! air bertakung dalam mesin basuh!!!" <--osmet

eh, eh..alamak...aku la tu.. tadi sebelum kitorang keluar g pc fair kat klcc aku basuh baju.. tapi tadi rasanya dah abis dah, aku dah kemas pun salur paip maip segala...
cuma tak masukkan baju dalam dryer jer lagi..
aishhh...mmmm...

"hah???!!! ye ke???!!!" <--aku

"hehehehe" <--osmet kekeh-kekeh tepi mesin basuh..

mmm..tak kelakar langsung..


contoh 2:

dalam kereta ke klcc..secara tiba-tiba..

"ko tau tak kata kepanjangan bagi adik?" <--osmet

"hah?" <--aku

"kadik"
<--osmet

"hah?" <--aku

"kak..akak..kakak... dik..adik..kadik.." <--haibat tak osmet aku?

mmm..tak kelakar langsung!

ada sesapa nak tolong aku tikam osmet aku?

Thursday, July 24, 2008

[38] in the beginning..

"bunga! bunga! bunga! bunga!"
"ha, mari kak tengok bunga ni..cantik.."
"akak masuk dulu tengok..kitorang buleh gubahkan..murah jer.."
"asal barang jadik duit! asal barang jadik duit!"

ever wonder what you were doing at this exact date 10 years back?
itulah gunanya diari...

kitorang jual bunga! jangan tak caya.. bukak gerai dekat sebelah dewan konvo..compete dengan 20 lagi gerai lain.. semua pun jual bunga gak... ingat senang? majlis konvo tu 3 hari..selepas 3 hari baru balik modal.. belum dapat untung lagi tu..tak ker naya? itulah first venture kitorang bertiga.. geng kapal karam..pada satu hari.. di hari ini.. saploh tahun yang lepas...

gua: weih, jom kita jual bunga nak masa konvo nanti..
cik psycho yang negatif lagi perisau: tanak haku! nanti tak laku ko nak makan bunga tu??
gua yang konfiden tak berasas: mesti laku punya la...ada riban-riban org grad takkan mak bapak sedara mara sepupu sepapat tanak beli bunga...konvo kan seumur hidup sekali ...prongprangnongyang.. prongprangnongyang sampai buih2 mulut...

dipendekkan cerita..akhirnya cik psycho pun setuju.. duit modalnya kitorg kumpul sorang sikit...yang banyaknya pakai duit mr light saber.. nak meyakinkan mr light saber satu hal lain plak..

gua: weih, jom jual bunga masa konvo..
mr light saber yang teknikal: berapa kos permulaan? berapa tangkai boleh jual? berapa hengget nak jual? nak beli bunga kat mana? nak bwk bunga byk2 dari cameron macam mana? nak station bunga kat mana? camner sistem nak balut? dll..dll..dll..

dipendekkan citer.. mr light saber pun setuju..dan beberapa coursemate lain juga..

kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..

dah namanya bisnes, mestila ada challenge kan...sesampainya di cameron nak beli bunga, takde la plak bunga rose merah..tarikh konvo tu lebih kurang hari valentine la pulakk...ada sket jer warna merah...pink jer yang banyaknya.. rumah sewa aku jadik port..rendam dalam baldi supaya tak layu..siap sapa ntah bagi petua..siap bubuh panadol dalam air tu..

masa separuh dari team g cameron, kitorg ditugaskan beli wrapper n tissue paper..punya la payah nak carik.. satu serdang tak jumpa...akhirnya jumpa kat satu kedai kat seri kembangan ni..kecikkkk jer kedai tu..owner dia nyonya tua..

cik psycho: ini tissue paper berapa hengget?
nyonya yg kerek sebab dia tau kedai dia jer yg ada jual tissue paper: berapa mau?
cik psycho yg nak konon nak psycho nyonya tu: u cakap dulu la satu keping berapa u jual...
nyonya tua yg dah lama meniaga: kalau u mau angkat banyakkkkk..wa bagi kurangggg!!!!
cik psycho yg dah start baran: saya mau itu 8! warna merah 6..bla bla ..ijau 3..
nyonya tua: ok..semua sekali rm18.60...
cik psycho yang bijak bistari: alaaa...rm18.50 dah la!
nyonya tua: haiya!!!! sepuluh sen pun mau mintak tawar ka????? tak boleh! tak boleh!
cik psycho yang sentiasa nak jadik org terakhir berkata-kata: kedekut! seposen pun nak berkira!!

begitulah cik psycho menjalankan urusniaga jual beli tawar menawar...hehehe...
hingga ke hari ini, lawak ini akan sentiasa kami ingati..kehkehkeh..
apadaa..meniaga tak untung...
mintak tawar seposen jer???? tawar la jadik 18 genap ker...wakakakkakkaka....
kalau dapat tawar pun, dapat beli apa dengan seposen tu?...hehehe

sambung balik... bila dah ready semua...hari ditunggu pun tiba.. kitorg pun angkut la pegi gerai jualan... rupanya sorang pun takde pengalaman meniaga.. kayu jer semua berdiri blkg bunga..tak tau campur malu.. buat beberapa minit pertama jadiklah kitorg patung cendana yang menjual bunga.. lepas dah agak2 tebal sket muka..barula kitorg mula promote produk kitorg kat org yg lalu lalang kat situ..semua gubahan adalah hasil kretiviti cik psycho..

malas citer panjang..yg involvenya ramai..yang kerjanya kitorg bertiga jer...yang lebihnya tido dalam van la..bawak awek g round2 la..yang tarik diri bila tengok macam bisnes ala-ala tak buleh balik modal la..macam-macam pe'el sorang-sorang..
saploh kapla, saploh kapla jingga...

di penghujung hari terakhir..
kitorg dapat untung lebih kurang rm120 sorang...

berbaloi?
pengalaman yang dilalui tu berbaloi..
baru kenal siapa kawan siapa lawan..
baru tau macam mana sengsorang react dibawah tekanan..
bila tertekan baru nampak perangai sengsorang macam mana..

so..here we are..

featuring....kitorang...saploh taun yang lepas

YOURS TRULY a.k.a.... THE DREAMER... (tepuk..tepuk...timakasih, timakasih..)
character:
hangat-hangat tahik ayam candu.. "lepas jual bunga kita amik upah lukis mural kat tadika lak ekk"
berangan tak hengat.. "pasni boleh la bukak company jual bunga.."
gila glamer.. "bunga tu kita sembur potpori, takde org buat lagi tu..bunga kita la paling best..."
gelap mata nampak duit banyak.. "wah,banyak dah jualan kita hari ni..jom bagi-bagi.."

CIK PSYCHO a.k.a.... THE EXECUTIONER...
character:
tukang make sure keje jalan.. "woi,tolong aku ikat reben ni..pastu ko g buang semua duri-duri kat bunga ros tuh"
perisau tak hengat.. "spray air tu lebih sket,dah nak layu tu..ish,boleh ker kita balik modal ni.."
gila psycho n garang.. "korang nak jual bunga ker nak jadik patung cendana jer kat depan tu, ha??"
dignity over money.. "kalau ko dah tanak involve takpe, nah! amik balik duit ko ni"

MR LIGHT SABER a.k.a... THE FINANCER..
character:
bank kitorang.. "nah amik rm600 ni"
rationalizer... "bagila proposal bertulis sket..."
final say by him.. "ok, jom jual bunga!"

things happen for a reason...setelah 10 tahun..here we are..still strong..having our casual lunch meeting..discussing on buying our own property...
ajaibnya...tiada watak bertukar character..

featuring...kitorang...selepas saploh taun..

YOURS TRULY a.k.a.... THE DREAMER... (tepuk..tepuk...timakasih, timakasih..)
character:
hangat-hangat tahik ayam candu.. "nanti kita buat pr kat jkr ekk"
berangan tak hengat.. "job propel tu kalu dapat kayo kita..itu belum sharjah..emirate...jom beli jet.."
gila glamer.. "pasal design kad raya,bisnes card, serah kat haku... "
gelap mata nampak duit banyak.. "eh, dah banyak duit dalam akaun kita ni..jom bagi2 duit company! ngehngehngeh..."

CIK PSYCHO a.k.a.... THE EXECUTIONER...
character:
tukang make sure keje jalan.. "g amik gmbr site pastu hntr kat ajis,buat report..blablabla.."
perisau tak hengat.. "ko jgn lupa ada meeting esok, jgn pakai t-shirt!"
gila psycho n garang.. "kalau itu pun saya kena buat sendiri apa guna saya hire korang.."
dignity over money.. "i am sure u can find your indon designer..i don't want to involve anymore in this project"

MR LIGHT SABER a.k.a... THE FINANCER..
character:
bank kitorang.. "60k in da account"
rationalizer... "gimme page by page report.."
final say by him.. "ok, boleh beli bangunan tu!"

note: "geng kapal karam" ni lecturer telah anugerahkan pada kitorang di salah satu sesi pembentangan projek kelas.. kitorang seperti biasa di hari yang indah itu telah datang lewat kerana tak cukup tido berhari-hari sebab buat keje last minit..datang present pun rambut basah-basah lagi..tu pun nasib baik sempat mandi...gerenti dua gayung jer tu.. kitorang la budak-budak yang nampak macam takder hala tuju, grad nanti gerenti takder orang nak amik keje.. budak-budak degil rambut panjang tobek tepi ala-ala budak punk tak pakai gel(cik psycho), budak-budak degil pakai selipar jamban g kelas (yours truly) and budak-budak degil..ops silap..mamat light saber masa ni ada penaung..dia pet student..lecturer tu minat kat dia sebab dia hemsem kunun.. tapi sebenarnya dia la ketua kapal karam! and dia pun budak degil jugak..ngehngehngeh...

Monday, July 21, 2008

[37] sentimentalist si lewer..(?)

pintaku padamu bintang
kirimkan aku sinarmu
moga jadi kencana
hiasan kasih dijiwa ku

pesan ku padamu sayang
bawalah pulang hatiku
moga kan selamanya
engkau bernafas di sisiku


pada satu hari... wallet aku hilang...

macam mana? bukan hilang sebenarnya..
yours truly yang bijak pandai ni rasa rimas nak kena duduk atas wallet selama dua jam dalam perjalanan terhuyu
ng-hayang dalam van sewa semasa dalam perjalanan dari kota kinabalu ke kundasang, lalu mengeluarkan wallet dari poket belakang dan letak kat tepi peha bersama telipon..

lalalala...nyanyi-nyanyi..
krohhkrohh..tido-tido..
keletuk..aiyark..terantuk plak..
eh,eh, apani? wowwwww...jambatan tamparuli...
waaahhhh...dah nampak gunung...
cantikkkk...a
mik gambar, amik gambar..

tak payah teka, tak payah jangka..
harusla masa kuar van tu lupa nak amik wallet kan?

bermulalah aca
ra... Mari Mengejar Van Sewa..

Detail:

Garisan Penamat : Bus stop Kundasang
No.Plat Van : err..tak tau..
Nama Driver : ngee.. tak tau gak..
Cuaca : Mendung tak bererti hujan..aish, lain macam ni..mendung bererti hujan ni..alamak,dh start hujan rintik..yah,yah..lari, lari...hujan lebat!

Keputusan:
Tempat Pertama : En.Fu ... hadiah: dapat berlindung kat gerai jual sayur..
1st runner-up : Yang Empunya Wallet ... hadiah: dapat berlindung kat bus stop..
Cencorot : Yang Lain-lain ... hadiah: dapat berlindung kat kedai makan sambil minum kupik.. aik? apsal cencorot dapat hadiah lagi best dari orang lain? ini tiiiidak adil, yang arif!

Back to Bus Stop:
situasi membuatkan aku mempunyai banyak ruang berfikir walaupun tak banyak ruang berdiri separa kuyup di atas bangku bus stop dalam keadaan hujan lebat.

senja..

sejuk..

lapar..

gelap..

being a sentimentalist..benda pertama yang aku fikir dan panikkan dalam keadaan diatas adalah: apa memento yang ada kat dalam wallet tu...?

ada duit singgit, dilipat jadik bentuk baju, dengan tandatangan cik psycho.. masa tu kitorg miskin.. belajar kat upm.. keje part time kat palace.. dia keje bahagian banquet sebab tanak cuci jamban.. aku plak keje bahagian housekeeping sebab tanak pakai skirt pendek.. duit tu tips pertama aku dapat.. cik psycho pun ada duit lipat jadik baju tu tapi aku rasa dia dah belanja buat beli teh ais kaw...

ada satu lagi duit singgit, dengan tandatangan orang yang jumpa wallet aku (ai,berapa kali cicir wallet daa..).. manusia yang dalam keadaan biasa aku gelabah semacam bila berada dekat dia..dengan keciciran itu telah membuka ruang untuk bercakap-cakap (walaupun muka rasa macam biru tak cukup oksijen) dan dengan beraninya mintak tandatangan..

ada resit maybank yang menunjukkan baki simpanan untuk pegi london..dengan tandatangan once my significant other (pls refer usage in pschology and sociology).. dengan ucapan selamat untuk berpergian..

ada lirik kat atas tu.. dengar masa first time diperdengarkan..rasa macam bestnya lirik tu..sempurnanya lahai perkataan-perkataan yang membentuk ayat..dan ayat-ayat yang membawa maksud..i am moved...hehe..lalu aku yang short term memory loss ni hafal dengan susah payah (album belum kuar masa tu).. tak bercakap dengan sesapa, tak pikir apa-apa sepanjang jalan..balik rumah terus cepat-cepat carik pen dengan kertas...tulis.. simpan dalam wallet..

-sayang semua benda ni-

[iklan jap..kalau kita ada wish atau wishlist, tulis atas kertas, simpan dalam wallet, hari-hari bukak dan baca.. insyaAllah mesti dapat punya..penjelasannya: benda tu yang kita buat hari-hari tu kan macam doa, jadi..benda yang kita doa kan mesti akan dapat punya..cepat atau lambat jer..mat saleh kata the wanted wanting for the wanter.."law of attraction"..mm..kena carik gambo bmw nih..hiks]

balik hotel baru pikir benda-benda lain.. duit.. (boleh cari), i.c.. (isk, muka dalam i.c macam baru lepas kena lempang,bulehla buat i.c baru dengan muka control cun..), kad kredit (dah melengkung sebab panas, dah takleh cucuk kat pam minyak, buleh buat baru..).. wallet tu pun dah buruk..dah sampai time kena beli baru nih..

aku pun tepon talian nyawa no.1, cik psycho.. biasala.. kena bebel..nanah tinge..sket lagi kuar tangan dari tepon tu pulas tinge aku or cepuk kepala aku..cuai sangat..hehe..batalkan kad bank dgn kad kredit..settle problem

akhirnya..
redha jer hilang wallet..
.
.
.
.
sebab semua yang sentimental tu dah lama aku kuarkan..
selamat dalam simpanan...yeay!!

not a single sentimental thing? mmm...

Tuesday, June 24, 2008

[36] zimbabwe,here i come

pada satu hari..posting from lcct..

*txt msg*

anak mithali: otw g airport ni..ada nk pesan apa2 tak?

ibuku: nk g mana? tk ckp pun..

anak mithali: zimbabwe..hehe..pnjt gng knblu la..

ibuku: mana?

anak mithali: sabah daa..

ibuku: laa..ingat btl g zimbabwe td..apa ada kt knblu?

anak mithali: takde apa..batu je..

ibuku: batu pun batu la..blh buat tungku..

mesti mak aku pening kan..td sikit pnya tanya nk pesan apa,skali batu je yg ada..hehe

this gadjet rawks!

Wednesday, April 30, 2008

[35] separuh nafas jiwaku..

pada satu hari..

bila tak buleh tido jer tulis entry..
bila tulis entry jer tak buleh tido..

apa lagi buleh buat bila tableh tido?

1. lari-lari atas mesin lari-lari check

2. mandi check

3. minum susu rendah lemak..
mana boleh minum air sejuk malam-malam..
kena biar dulu atas meja setengah jam bagi hilang sejuk..
masuk binatang terbang-terbang..chais!
minum air ribena jer la... check

4. baca suratkhabar sampai juling check

5. tengok tv sampai pening check

6. main game hp sampai 26 kali kalah check

7. carik barang hilang! haishh..ni nak citer ni..

aku dah cuba jadikan barang hilang tu bukan satu big deal.. salah letak jer tu..lama-lama jumpa la failed..big time

mula la buat operasi..bilik aku kecik jer..sekangkang kera..semua barang secapai tangan..tapi ada banyak benda..banyak kotak dalam kotak..banyak plastik dalam plastik..dan banyak item dalam banyak partition yang membentuk rak..

cari dengan sabar, tekun dan berusaha..
satu persatu kotak dalam kotak dalam kotak dibukak tak jumpa
satu persatu plastik dalam plastik dalam plastik dikoyak tak jumpa

ok..cuba kita cuba kaedah psikologi..
cuba kalau aku berada di tempat aku dan berfikir macam aku di tempat aku.. kat mana aku letak barang itu?
fikir...
fikir...
fikir...
fi...

jab..jab..apa bendanya benda tu sebenarnya?
-this segment should be an entry of its own-

pada orang lain mungkin bukan apa-apa..
pada aku..permulaan sebuah keajaiban..
yang berakhir dengan tragedi buah epal

empat helai kertas kecil.. ada coretan membentuk kata-kata yang memabukkan.. ada perkataan yang melibatkan satu komponen sistem cakerawala.. ada ungkapan yang menerangkan fungsi cahaya.. rangkaian kata-kata berpadu, terkumpul, tersimpul menjadi seakan mentera..sebuah mentera yang penuh unsur magis..seperti tangkal sifatnya..seperti harus dibawa kemana-mana.. untuk dijadikan azimat..supaya kuat..supaya sentiasa ingat..

dan bagaimana aku mendapat benda ini pun ada magisnya..

laut..sangat sinonim dengan benda-benda mistik..banyak benda-benda yang kita tak nampak yang ada orang-orang pandai nampak,tangkap, ikat, masuk dalam botol, campak tengah laut..(ada jugak orang-orang cerdik yang tulis apa yang kita nampak, gulung, masuk dalam botol, campak tepi laut..) selat melaka, waktu tu malam,aku tak ingat malam jumaat ke tak..langit terang..aku kena masuk dalam air separas lutut untuk dapatkan botol tu..dalam botol tu la aku jumpa kertas tu..(atau kertas tu yang jumpa aku?)

selepas kejadian..kehidupan berubah..menjadi lebih meriah..
[lompat-lompat kegirangan disini]
-end of segment-

la..kertas ajaib jer rupanya..memangla senang misplace..mana tau hilang?

dua tiga bulan lepas rasanya..pada satu hari yang susah tido juga..aku bukak kotak dalam kotak yang di dalamnya ada banyak kertas dalam kertas..masa tu la aku jumpa balik kertas ajaib ni..aku masukkan dalam frame elok-elok..frame tu datang dengan pakej sembilan bijik..aku guna dua, tinggal lagi tujuh.. aku letak frame-frame tu atas kerusi bawah meja solek..

alkisahnya dua tiga hari lepas..pada satu hari yang susah tido (lagi? ya,ya.. aku memang banyak kali susah tido dalam sebulan).. aku tambah lagi dua item dalam frame yang tinggal tu..pada masa tu la saya sedar akan kehilangan frame berisi kertas ajaib itu encik..jadi disini saya ingin melapurkan kehilangan..dey,apada!

jadi, begitulah kisahnya..membawa kita ke malam semalam (yang tak boleh tido lagi dan lagi)..mencari tanpa henti hingga pukul empat pagi mengundang frustasi tak bertepi..saat tu otak mula jadi sasau, jiwa mula jadi kacau, aku dah tak dapat berfikir dengan waras..spekulasi-spekulasi tentang kehilangan mula timbul satu persatu..

1. hari tu ada makcik aku datang tumpang semayang dalam bilik aku tu..ada kemungkinan tak dia yang ambik benda tu..seludup keluar benda tu dalam beg telekung dia..

2. ataupun bilik aku ada makhluk halus yang nak main-mainkan aku, sembunyikan benda tu dari penglihatan mata kasar..hari tu pakcik jiran tu ada citer rumah depan penjuru bersetentang 45darjah kitorang tu 'keras'..

3. ataupun aku baru dijangkiti penyakit otak..short term memory loss ke apa ke..sebenarnya aku dah buang benda tu dalam tong sampah bawah kusi meja solek tu tapi aku yang tak ingat..

tension..

masuk opis aku nak google nak cari alamat "bomoh hilang"..ala..macam "bomoh hujan" yang boleh alih ujan atau "bomoh patah" yang boleh cantumkan tulang..mesti la ada "bomoh hilang" yang boleh carik barang hilang..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
masuk-masuk opis aku nampak kertas ajaib tu kat celah-celah fail dalam kotak buku tepi kaki meja sebelah cpu..

mmm...

ajaib bukan?

membazir jer airmata dua tempayan

Wednesday, March 26, 2008

[34] *This is a note to myself*

pada satu hari.. aku tak dapat tido..semalam adalah satu hari yang sangat weng!!

marah pada diri sendiri!
.
.
sebab?
.
.
sebab bodoh dan belum dapat mengatasi kebodohan!
.
.
sebab apa tak dapat atasi?
.
.
sebab belum mampu..
.
.
sebab apa belum mampu?
.
.
sebab kerja tak cukup kuat!! that's why


masa mula-mula kerja dulu, nak sangat sangat bukak company sebab nak datang keje sesuko hati, takyah kena bangun awal, takyah kena mandi pagi sejuk2..

tapi bukak company ni bukan takat tu jer sebenonya!!
kena ada visi, kena ada target..
takkan la dok kat takuk yang sama jer..

lepas 5 taun ada company sendiri, walaupun dah ramai staff, dah banyak projek..
tiba-tiba semalam aku rasa aku lari tak cukup laju..
aku boleh buat lebih baik..

so target aku sebelum akhir taun ni..
aku nak pindah ofis lebih besar!
aku nak hire TOTAL DESIGNER!!

cakap jer tak guna
kena keje kuat la brader!!!

setiap hari adalah pelajaran dan pengajaran

Tuesday, February 26, 2008

[33] my adventure travel

pada satu hari..

hari ni..


tiga bulan lagi..


taknak janji apa-apa
esok lusa saya tak tau..

tapi selagi saya ada kat sini
saya akan berikan yang terbaik

taknak.. taknak janji
mana tau apa jadik esok..

hari ni sayang macam nak mati
esok tak tau lagi..

esok adalah hari ini

Friday, January 04, 2008

[32] sapa punya pasal, angkat tangan..

pada satu hari..

pukul 5 pagi... argh.. tensionnya.. tableh tido.. tableh pejam mata.. kulit perut rasa panas.. dan berkedut-kedut.. dan gatal-gatal.. dan lekit-lekit.. buah pinggang rasa terhimpit.. pundi kencing pun sama.. rasa tersepit.. salur usus rasa sempit..

ini semua bengkung punya pasal! aishh.. bukan.. bukan.. haku bukan bersalin sonyap-sonyap.. bukan juga ikat perut sebab tak cukup duit cash nak beli makanan..

ini semua terlebih makan punya pasal.. aishh.. kebuncitan melanda.. kalu singgah beli buah matakucing takdebatangmanapuas cilakerpakciktakdegigiadahatinakmelucah rambutan kat tepi jalan sure dapat murah ni.. mengidam katanya.. banyak la kau punya mengidam! itu lemak tepu la ngoi! boroi itu seksi boroi tak ingat..

bengkung bengkung bagai.. ini semua nak nampak haibat punya pasal! aishh.. kena g potong kaki suar.. (kau ingat ini zaman gq nak lipat lipat kaki suar?..) beli baju baru.. (kau ingat kau mekanik nak pakai t-shirt ralliart?..) tali pinggang baru.. syampu rambut.. (supaya tak nampak macam india baru pakai minyak bijan..).. buat pedicure kat mines.. potong kuku kaki.. basuh keta bersih-bersih kilat-kilat..

dan semua diatas gara-gara.. persatuan direktor-direktor malaysia punya pasal! aishh.. ada meeting hari esok pukul semilan pagi.. sempat ke aku nak kurus ni??!!

nota kaki: macam mana la agaknya tahap kedutan kulit perut dan tahap lipatan usus orang yang pakai 2 bengkung sekaligus tuh.. besar betul luas permukaan kulit perut ko so'odah.. siap kena pakai satu kat atas pusat, satu kat bawah pusat tu.. wakakakakaka!!!