Wednesday, April 30, 2008

[35] separuh nafas jiwaku..

pada satu hari..

bila tak buleh tido jer tulis entry..
bila tulis entry jer tak buleh tido..

apa lagi buleh buat bila tableh tido?

1. lari-lari atas mesin lari-lari check

2. mandi check

3. minum susu rendah lemak..
mana boleh minum air sejuk malam-malam..
kena biar dulu atas meja setengah jam bagi hilang sejuk..
masuk binatang terbang-terbang..chais!
minum air ribena jer la... check

4. baca suratkhabar sampai juling check

5. tengok tv sampai pening check

6. main game hp sampai 26 kali kalah check

7. carik barang hilang! haishh..ni nak citer ni..

aku dah cuba jadikan barang hilang tu bukan satu big deal.. salah letak jer tu..lama-lama jumpa la failed..big time

mula la buat operasi..bilik aku kecik jer..sekangkang kera..semua barang secapai tangan..tapi ada banyak benda..banyak kotak dalam kotak..banyak plastik dalam plastik..dan banyak item dalam banyak partition yang membentuk rak..

cari dengan sabar, tekun dan berusaha..
satu persatu kotak dalam kotak dalam kotak dibukak tak jumpa
satu persatu plastik dalam plastik dalam plastik dikoyak tak jumpa

ok..cuba kita cuba kaedah psikologi..
cuba kalau aku berada di tempat aku dan berfikir macam aku di tempat aku.. kat mana aku letak barang itu?
fikir...
fikir...
fikir...
fi...

jab..jab..apa bendanya benda tu sebenarnya?
-this segment should be an entry of its own-

pada orang lain mungkin bukan apa-apa..
pada aku..permulaan sebuah keajaiban..
yang berakhir dengan tragedi buah epal

empat helai kertas kecil.. ada coretan membentuk kata-kata yang memabukkan.. ada perkataan yang melibatkan satu komponen sistem cakerawala.. ada ungkapan yang menerangkan fungsi cahaya.. rangkaian kata-kata berpadu, terkumpul, tersimpul menjadi seakan mentera..sebuah mentera yang penuh unsur magis..seperti tangkal sifatnya..seperti harus dibawa kemana-mana.. untuk dijadikan azimat..supaya kuat..supaya sentiasa ingat..

dan bagaimana aku mendapat benda ini pun ada magisnya..

laut..sangat sinonim dengan benda-benda mistik..banyak benda-benda yang kita tak nampak yang ada orang-orang pandai nampak,tangkap, ikat, masuk dalam botol, campak tengah laut..(ada jugak orang-orang cerdik yang tulis apa yang kita nampak, gulung, masuk dalam botol, campak tepi laut..) selat melaka, waktu tu malam,aku tak ingat malam jumaat ke tak..langit terang..aku kena masuk dalam air separas lutut untuk dapatkan botol tu..dalam botol tu la aku jumpa kertas tu..(atau kertas tu yang jumpa aku?)

selepas kejadian..kehidupan berubah..menjadi lebih meriah..
[lompat-lompat kegirangan disini]
-end of segment-

la..kertas ajaib jer rupanya..memangla senang misplace..mana tau hilang?

dua tiga bulan lepas rasanya..pada satu hari yang susah tido juga..aku bukak kotak dalam kotak yang di dalamnya ada banyak kertas dalam kertas..masa tu la aku jumpa balik kertas ajaib ni..aku masukkan dalam frame elok-elok..frame tu datang dengan pakej sembilan bijik..aku guna dua, tinggal lagi tujuh.. aku letak frame-frame tu atas kerusi bawah meja solek..

alkisahnya dua tiga hari lepas..pada satu hari yang susah tido (lagi? ya,ya.. aku memang banyak kali susah tido dalam sebulan).. aku tambah lagi dua item dalam frame yang tinggal tu..pada masa tu la saya sedar akan kehilangan frame berisi kertas ajaib itu encik..jadi disini saya ingin melapurkan kehilangan..dey,apada!

jadi, begitulah kisahnya..membawa kita ke malam semalam (yang tak boleh tido lagi dan lagi)..mencari tanpa henti hingga pukul empat pagi mengundang frustasi tak bertepi..saat tu otak mula jadi sasau, jiwa mula jadi kacau, aku dah tak dapat berfikir dengan waras..spekulasi-spekulasi tentang kehilangan mula timbul satu persatu..

1. hari tu ada makcik aku datang tumpang semayang dalam bilik aku tu..ada kemungkinan tak dia yang ambik benda tu..seludup keluar benda tu dalam beg telekung dia..

2. ataupun bilik aku ada makhluk halus yang nak main-mainkan aku, sembunyikan benda tu dari penglihatan mata kasar..hari tu pakcik jiran tu ada citer rumah depan penjuru bersetentang 45darjah kitorang tu 'keras'..

3. ataupun aku baru dijangkiti penyakit otak..short term memory loss ke apa ke..sebenarnya aku dah buang benda tu dalam tong sampah bawah kusi meja solek tu tapi aku yang tak ingat..

tension..

masuk opis aku nak google nak cari alamat "bomoh hilang"..ala..macam "bomoh hujan" yang boleh alih ujan atau "bomoh patah" yang boleh cantumkan tulang..mesti la ada "bomoh hilang" yang boleh carik barang hilang..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
masuk-masuk opis aku nampak kertas ajaib tu kat celah-celah fail dalam kotak buku tepi kaki meja sebelah cpu..

mmm...

ajaib bukan?

membazir jer airmata dua tempayan

4 comments:

Anonymous said...

bukan ke kalau suka berganda-ganda,
kalau berduka empat kali ganda?
HARUS "empat tempayan air mata anak dara putus cinta pertama"

*ileks ar braderr... lari lebih sket!

Anonymous said...

aku rasa nak lempang kao dua kali tapi sebab kena berganda-ganda kali 23 kedebammm!!!, aku lempang ko nambelas kali jer lah!

Anonymous said...

huh..aku yg membaca ni rasa nak cepuk je kapla hotak ko beb..propa tak hengat! sekali dia yg salah letak da....apa daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..mmg membazir ayaq mata jek! caisssssssss

Anonymous said...

hik hik hik