pada satu hari aku tengok tiga budak lelaki..sepupu yang dok kat lain tempat..berjumpa masa cuti sekolah..apa derang buat?
1. compare skill shuffle.. budak-budak sekolah rendah tengah gigih asah bakat skill ni..
2. tengok kartun citer battle b-daman.. citer pasal budak jepun lawan guli..
3. berlari-lari kat taman.. main kejar-kejar.. main tangkap berudu..
4. pastu dah maghrib mandi sama-sama..
ini dinamakan bonding.. versi budak-budak..
pada satu hari aku teman osmet melepak kat oldtown.. jumpa kawan lama.. apa yang kitorang borakkan?
1. update status masing-masing sekarang.. sorang not single but available, sorang lagi single but not looking but looking.. erkk.. ntahler..
2. citer benda lama-lama dulu.. pasal bangku depan asrama kenanga?
3. plan aktiviti akan datang.. karoke pastu karoke pastu karoke..
ini dinamakan rebonding
osmet bawak kawan, kawan osmet bawak kawan-kawan.. maka haruslah kita berkenal-kenalan.. macam mana nak berkenalan?
1. karaoke sampai putus napas..
2. bujang-bujangan tengok world water ski championship kat putrajaya..
3. lepak kat oldtown borak-borak gelak-gelak minum air suam..lagi dan lagi dan lagi..
4. karaoke nyanyi lagu jelmol, lagu inul, lagu ramlah ram, ziana zain, zaiton sameon dan sekutunya.. lagi dan lagi dan lagi..
ini dinamakan bonding.. versi orang dewasa..
ada lagi..facebook,komen-komen gambar, post gambar tucen..baca blog, tulis-tulis sajak, komen-komen entry..
cyber bonding namanya.. senangkan? tak payah jumpa pun..tetap tau latest info..
________
dr. house jr. doing metaphor. bond = gam .gam ada banyak jenis gam. bergantung jugak pada material yang kita nak lekatkan tu.kayu ke batu ke.. cara nak kasi lekat tu pun macam-macam jenis gak..ada tu sapu, terus lekat.. ada tu, sapu pada kedua-dua permukaan..tunggu kering...cantumkan..pastu hempap dengan buku teks..remeh? ya. leceh? ya. tapi hasilnya sangat kuat..
macam mana nak tau kuat mana? kena la
nak kena bagi translasi kah? tak payah la kot..
eh, sebelum terlupa.. ada satu lagi jenis bonding..forced bonding nama dia..macam kita tiba-tiba kena g plkn dengan satu-satunya budak dari sekolah kita..ataupun kita naik kapal terbang, tiba-tiba terhempas kat satu pulau takder orang dengan doploh orang jer yang selamat.. nak ker.. taknak ker.. tetap kena berbonding-bonding..
masih lagi berkenaan forced bonding.. ada sorang ni pernah bergurau dengan nada serius (atau serius dalam gurau?..) kat aku.. dan dia selalu ulang ayat ni..
"takde pilihan"..
buat aku berfikir...
"jadi, setelah ada pilihan?"
.
.
.
.
.
.
abaikan.. small matter..
redken over-analyzing

