Wednesday, November 04, 2009

[52] akhir cerita ini

pada satu hari..

saya buka dengan penuh rasa kasih
saya tutup dengan penuh rasa hormat

mohon izin meneruskan kehidupan..

Thursday, July 02, 2009

[51] 2709.. 32..

pada satu hari..


Monday, May 11, 2009

[50] things i still remember

35. happy birthday

Thursday, April 23, 2009

[49] EXPECTO PATRONUM!! di-ilhami.. malah terus menyadari..

pada satu hari, aku telah di-ilhami oleh sebuah entri bertajuk ini-mantra-patronus-gue..

setuju tentang satu perkara.. konsepnya keren banget!


"Make it a powerful memory, the happiest you can remember. Allow it to fill you up… Just remember, your Patronus can only protect you as long as you stay focused… Think of the happiest thing you can." kata Harry Potter, from the movie Harry Potter and The Prisoner of Azkaban

alkisahnya, sihir Patronus ini adalah sihir tahap tinggi dan amat sukar dipelajari dan dikuasai lebih-lebih lagi dalam keadaan emosi yang tak stabil.. (maka seharusnya tidak ada masalah bagi aku yang dalam keadaan sangat berkobar-kobar semangat waja baru lepas berlari dua km pagi tadi.. :) )

bukan bermaksud nak mengamalkan ilmu sesat juga tidak pernah bercita-cita menjadi pengamal ilmu hitam, hanya mahu berkongsi rasa bahagia sewaktu melafazkan mentera..

sebagai seorang cancerian, mengingati kenangan yang membahagiakan itu seakan satu ritual di waktu senggang.. dan bila sangat selalu dipraktiskan, imej bahagia yang muncul itu seakan cliche pula rupa bentuknya..

lalu bermulalah episod mencari kenangan yang menimbulkan rasa bahagia dari perspektif yang lain pula.. maka inilah antara yang muncul..

1. bahagianya rasa bila balik kampung, bila celik-celik bijik mata jer, mak aku yang tak berapa rajin nak masak tu dah buatkan sarapan merangkap makan tengahari.. bubur nasik lauk telur dadar dengan ikan bilis goreng.. tu jer.. pastu letak kicap sket kat bubur tu.. perghhh.. harus separuh periuk untuk aku sorang...

2. bahagianya rasa waktu hari raya.. pagi-pagi lagi (pagi la sangat..) dah pegi umah maktok.. setiap kali raya dia akan masak nasik impit, kuah kacang dengan kari ayam.. masa kecik dulu aku dok dengan maktok, dia la yang suapkan aku makan.. ada satu menu dia bernama nasik kepal.. nasik kalau baru masak kan ker lembik dan panas berasap-asap.. aku plak tak nyabo nak makan.. so, dia amik nasik tu, letak ikan goreng sket pastu kepal-kepal jadik macam bola pingpong saiz kecik..pastu makan dengan gembiranya.. lalalala.. berbalik kita di pagi raya.. heaven rasanya waktu nasik impit yang lembik itu (slow-mo bermula disini..) maaaaasuk muuuulut lalu mencaaaairrr saat dikunyah perlaaahann-laaahaann.. ooohhh...

3. bahagia juga rasa tatkala meneman cik psycho ber-ware-house-sale membeli mamipoko kat sogo (gila kenapa aku rasa macam tiap-tiap bulan pun ada warehouse sale sogo ni ntahnya..) kerana upahnya pasti nasik beriani kedai bernama INSAF itu yang telah kitorang kunjungi zaman-berzaman dari zaman belajar dolu-dolu nak-nak lagi waktu bulan puasa.. marilah kita sama-sama membayangkan saat papadom retak berderai berkecai bersepai digilis gigi geraham yang paling dalam..aaahhh..

4. bahagia adalah rasa waktu mula-mula kedai bernama sports crib cafe baru dibukak kat area opis ni, waktu tu osmet tak banyak kerja dan cik psycho belum ada anak ramai.. hari-hari kitorang dok ngulang makan nasik goreng thai yang dimasak oleh abang kelantan.. dah lah hensem, pandai masak nasik goreng plak tuh.. maka nasik goreng itu kitorang beri nickname 'nasik goreng abang'.. nasik goreng dia warna putih pastu ada ayam goreng kunyit yang garing plak letak kat tepi.. xtra sup kosong.. mmm nyam nyam...

nasik goreng thai.. nasik beriani gam anje.. ayam penyet.. sate lily.. nasik lemak bunga raya.. kari ayam maktok.. kari ayam maktok.. kari ayam maktok..

uik, tiba-tiba telan air liur segumpal..

di saat itulah aku menyadari akan sesuatu...

halusinasi ini terjadi akibat diet yang bersungguh-sungguh untuk menjadi ramping... arghhhhhh!!! aku benci ahli sihir!! benci!! benci!! kalau engkau aku tak suka.. lobang hidung kau pun aku tak mau tengok!!

cik.. sila kawal diri ya.. cuba jangan meracau kat tepi kotak KFC ni.. dah, sila pegi bancuh teh hijau dengan ekstrak kulit limau tuh..

_________


"Bukankah kenyang dan lapar itu satu nikmat yang sama?"
-dipetik dari buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman oleh Muhd Kamil Ibrahim

nehi.. nehi.. ini masih belum dapat aku fahami...

Thursday, April 09, 2009

[48] m e n g g e l a b a h

pada satu hari..


" CEPATTTT DUDDDDD... MANDIIIIII!!
aku nak basuh baju plak nih.. "


( itu suara osmet.. paip mesin basuh kena sambung dengan paip dalam bilik air.. jadik kalau basuh baju, pintu bilik air tak buleh tutup rapat..

jam dah menunjukkan pukul sepuluh, osmet dah bagitau tadi dia kena tido awal, dia nak bangun pukul tiga pagi untuk tengok bola, chelsea lawan liverpool.. pastu trus g kerja.. ada meeting katanya..

disebabkan mandi dengan pintu terbuka sambil osmet dan kucing-kucingnya berkeliaran bukanlah satu option, maka aku berada dalam keadaan tertekan untuk mandi dengan kadar segera.. )

menggelabah..


selain dari first time dating, aku jugak menggelabah masa first time aku sign pelan.. masa tu aku baru lulus exam board of professional..

first time aku sign pelan landskap, aku sign kat petak...
"PEMILIK TANAH"..

boleh?

abis tu tuan tanah kena la sign kat petak "ARKITEK LANDSKAP"?

tak memasal jer kena print pelan baru..

menggelabah..


menggelabah juga adalah punca aku meninggalkan cik psycho, my partner-in-crime terkebil-kebil di tengah-tengah malam buta di tengah-tengah padang rumput bersama meja studio.. sepuluh taun yang lepas..

..sedangkan di siang harinya aku telah bersumpah mati taat setia untuk menolong cik psycho mengangkat meja drafting yang maha berat itu untuk dipindahkan dari dalam studio ke dalam kereta kancil dia..

perjalanan dari studio kitorang ke tempat parking melibatkan merentas padang rumput yang luas dengan pokok-pokok rendang sebagai peneduh..

..jangan tanya kenapa takde orang lain nak tolong dan jangan tanya juga kenapa ia perlu dilakukan pada tengah-tengah malam buta di kala bulan gelap.. meja drafting itu Fakulti Rekabentuk dan Senibina yang punya!

di kala kitorang tengah tak cukup napas nak tercabut tangan ngangkat meja drafting yang berat macam batu kuari itu.. iyah yah yah.. di kala kitorang bergaduh sambil berbisik menyalahkan satu sama lain sapa angkat lebih, sapa angkat kurang, sapa angkat ngelat.. dikala itu jugalah ditakdirkan pak guard bermotor datang menyuluh secara rambang..

*pling*

tiba-tiba aku mendapati diriku sedang berpura-pura menjadi kura-kura yang sedang bersembunyi di bawah pokok berduri yang bernama 'duri madras'.. sedang cik psycho berdiri seperti tugu negara di tengah padang itu.. dengan tangan tak lepas dari memegang meja drafting..

(ya! ya! aku tau aku salah.. ampunkan makk kasimmmmm... mak gemuruh jiwa daaa..)

nasib baik pak guard tu tak perasan.. nasib baik juga aku tak tercucuk 'duri madras'.. maka selamatlah meja itu zaman berzaman turun menurun sampai sekarang masih digunakan kat opis aku ni ha..

menggelabah.. kan?


err..berbalik kepada citer aku kena sound dengan osmet tadi..

kena mandi cepat, dud nak basuh baju..kena mandi cepat, dud nak basuh baju..kena mandi cepat, dud nak basuh baju..kena mandi cepat, dud nak basuh baju..

*syampu!* iyah yah yah..

eh, apasal tak berbuih-buih ni..

check expired date : lama lagi..

check label :



CONDITIONER





lerr...

menggelabah betul..

Wednesday, March 11, 2009

[47] sample of a perfect day

pada satu hari..

to begin with, the day is friday.. hari kerja paling last..esok sabtu.. cuti dah.. hari aku dimulakan dengan bunyik sms.. pada pukul sebelas..

"payment cyber dah masuk"

..takde sms yang lebih best untuk memulakan hari selain daripada sms kata ada duit riban-riban dalam bank..yiehaha! err..walaupun duit itu bukan aku yang punya..kampeni yang punya daa..tetap gumbira!

disebabkan kegirangan itu maka bermulalah aktiviti liar dua hekor ikan sepat ronggeng ini.. manusia yang dah-tak-mandi-berapa-hari-sampai-tumbuh-cendawan-kat-tepi-cuping-tinger tu tiba-tiba bernafsu nak kuar umah..jalan-jalan tengok dunia.. mula-mula tu muskil gak aku.. ai, dah baik ker.. kata kena dua bulan dalam posisi garisan ground level..

"kepala hotak kau!!"

..bila perkataan tersebut disebut dengan penuh emosi dan pitching paling tinggi, maka tiada sangsi lagi..dah tak sakit ler tu..hehe..

(meh nak ngumpat sket..mak enon tu memang suka cakap kuat-kuat..seolah-olah lagi kuat dia cakap tu maka lagi pahamlah orang yang mendengar.. yer, aku paham! aku paham! aku bukan pekak hokay, aku cuma tak setuju!

..takder yang lebih best daripada bersetuju untuk tak bersetuju..)


aktiviti hari ini termasuklah membayar bil maxis broadband dan bil astro di drivethru TNB.. setelah beratur lebih kurang lima kereta..owh.. tak boleh rupanya.. sambung beratur di drivethru pejabat pos pula.. sambil mendengar dengan teliti pengalaman ngeri pembedahan pusat cik psycho yang berakhir dengan pengetahuan am: kalau dah nama operation tu, tak kira la kat pusat ker, belakang cuping telinga ker..tetap kena bukak spenda.. jadi peringatannya: buatlah apa yang patut.. (dalam kes cik psycho dia over, siap buat pedicure bagai..masuk operation dengan kuku kaki kilat-kilat bling-bling.. tapi..)

next, g saloon nyonya ah yoke kat serdang..kepala mak enon tu dah kuar minyak sampai ke dahi akibat lama tak kena air..yarkk!! dah saploh taun cik psycho jadik regular customer kedai ni.. dari zaman belajar kat upm dulu lagi.. pasal ada sorang pekerja india dia tu ada hikmat cakar rimau, boleh putih la kulit kepala dapat kat dia..tapi masa kitorang datang tu dia takde, cuma ada nyonya ah yoke, sorang nyonya baru lepas blow rambut dengan dua nyonya tukang cuci rambut.. nyonya pun nyonya la..

aku pun terjebak potong rambut. potong rambut tu pada aku perasaannya 'liberating'.. tapi sebab mak enon tu ada kat kusi sebelah makanya abaikan saja niat nak buat style rambut pacak, rambut tobek tepi mahupun rambut ekor tikus.. tak rela aku kena bebel.. (tapi memang haruslah dia disapproved kan.. buatnya aku kena cover meeting putrajaya dia, tak ker haru.. director kecelaruan identiti namanya..)

next, g bayar kad kredit akibat aktiviti ronggeng yang berlebihan.. (no komen)

last skali g makan fish n chip kat secret recipe..
..takder yang lebih best untuk mengakhiri aktiviti-liar-semasa-waktu-opis selain daripada makan sampai buncit!

kesimpulannya..

senang jer nak buat aku rasa gembira..
ianya mestilah melibatkan, tapi tak semestinya semua, yang berikut:
(tanpa mengikut turutan kepentingan)

..huge amount of money
..good friend
..good chat
..good food

tapi bila semua elemen ni ada dalam satu hari yang sama, maka jadilah hari itu 'sempurna'..

.
.
.
.
my day was perfect until i got home.. bukak pintu..dengan sedikit terkinja-kinja..

"honey, i'm backkk!! osmetttt!! cantik tak rambut baru aku?"

*pandang

"Huh! macam nyonya!"

..erk! potong stim betul la osmet aku ni!

Thursday, February 26, 2009

[46] mari berbicara tentang perasaan..

pada satu hari..

"sayang kak ja!!"

that was my soft spot excitedly calling from plkn pekan.. hmm.. digital camera yang aku baru belikan dah sampai la tu..

alkisahnya dia telefon minggu lepas nak pinjam kamera, suruh aku hantar pakai poslaju.. takkan nak bagi kamera-boleh-masuk-air aku tu kot.. buatnya hilang tengah jalan, tak ke haru.. belikan jer la kamera cap ayam dulu kat tesco.. nak buat belasah-belasah jer pun..

tak sangka plak dapat reaksi yang macam ni.. "cantik! suka! suka! tengkiuuuuuu!!!" jiji kata..

heh! tiba-tiba aku rasa cambest..


"haish!! cilaker betul!!"

that was me.. 3am in the morning.. susah tido..

alkisahnya musim susah tido aku datang lagi.. otak tak boleh shutdown.. seminggu dah ni tido bukak lampu.. entah apa yang aku takutkan, aku pun tak tau.. entah apa yang aku resahkan ntah.. kebil-kebil-kebil.. panas.. bukak kipas.. kebil-kebil-kebil lagi.. sejuk plak.. tutup kipas.. tb plak siaran cam haram.. takder satu pun yang best..abis 360 darjah dah aku pusing katil tu carik spot best..tak jumpa..

dua hari lepas aku karaoke sorang-sorang sampai pukul satu pagi.. sakit ati dengar suara sendiri aku layan dokumentari korea pasal tulang belakang dan cara-cara nak eksesais tulang belakang.. tak memasal aku meyoga pukul dua pagi tengah-tengah laman ruang tamu tu disaksikan dengan kompius oleh kucing-kucing osmet aku.. (ada yoga gaya ular tedung selar kembang kepala, nasib baik aku tak krem masa buat tu.. kalu tak, tak ke naya esok pagi osmet bukak pintu bilik nampak ular sawa batik baru telan kambing tergolek kat tengah rumah)

bila tak cukup tido, siang aku jadik orang tua perungut dan perengus.. penat staff aku kena melayan kerenah boss derang ni.. ada jer yang derang buat tu yang tak kena pada aku..

sudahnya balik umah dengan osmet pun aku nak carik gaduh.. tapi dia tu batu.. mesti dia tak perasan aku carik gaduh dengan dia, ataupun dia perasan tapi memang saja buat batu maleh nak layan..

tiba-tiba aku rasa sakit ati manjang..


"jom lunch kat pavillion!!"

that was my sparring partner texting.. hari-hari pun ada jer benda yang dia ngidam.. lasagna milano klcc la.. nasik dagang belanga garden midvalley la.. baked meatball spaghetti vivo the curve la.. semua tempat ngidam pun bercantum dengan soping complex, boleh?

alkisahnya kalau takde meeting itu la keje kitorang (disclaimer: kitorang adalah dua ekor ikan sepat ronggeng memang kaki ronggeng) ..ngukur soping complex sambil menambah ukur lilit perut..

aku ni dah la hari-hari bukak keranda bangun pukul saploh.. masuk opis jap terus kuar g meronda dengan mak enon tu.. petang, masuk opis.. aku layan facebook, cik psycho layan blog.. hebatnyalah rasa jadik boss ni.. :p

tapi hari ni lain sket, takde manusia sebesar sebongkah batu kuari kat meja sebelah meja aku.. takder bunyik pernapasan over yang macam bunyik anjing laut bersiul (cik psycho tiba-tiba kena sinus, hidung dia kena hentak dengan danial).. juga tiada bunyik pontianak mengilai-ngilai ketawa tiba-tiba di tengahari retak (cik psycho suka ketawa kuat-kuat tak pasal-pasal bila baca blog kengkawan dia).. juga tiada cacian nyaring berunsur dengki menyambut aku setiap kali aku melangkah masuk ke bilik opis, "perfume bau ketiakkk!!!"

tiba-tiba aku rasa sunyi takder orang yang mencabar yang aku nak buat lawan gaduh.. (kalau aku lawan gaduh ngan staff aku, haruslah aku yang menang kan.. aku potong gaji baru tau!)

"cik psycho pompuan tua hodoh peha menggeleber si gemuk perut berlipat yang dah takder pusat, cepatlah baikkkk!!!!!"

nota kaki: cik psycho telah selamat menjalani pembedahan pusat pada pukul 4 petang semalam.. aku telah dilarang berada di dalam radius dua kilometer dari cik psycho sehingga pusat dia pulih sepenuhnya dua bulan lagi bermula dari semalam.. dikhuatiri aku akan buat perkara-perkara yang boleh menyebabkan jahitan dia terbetas.. elehhh.. bukan aku nak ajak lawan bertinju pun...

Friday, February 06, 2009

[45] plkn n my soft spot

pada satu hari.. masa aku kecik-kecik dulu.. mak aku selalu beli buku citer.. antara faveret aku tajuk dia "koleksi cerita dongeng dari asia".. (tengok.. kecik-kecik lagi aku dah ada imaginasi terlampau..)

ada banyak citer orang jahat dia tableh mati..kau buat la apa pun..cucuh puntung rokok ker..seterika tulang belakang dia ker..jirus dengan air panas ker..rejam dengan batu ker.. korek bijik mata ker.. buat la apa pun.. tableh mati punya.. tau apa rahsia dia?

nyawa dia takder kat badan rupanya.. nyawa dia ada pada mengkarung yang dok kat dalam gua atas gunung paling tinggi dalam hutan rimba amazon gelap gelita..pintu gua dikawal oleh naga.. so, kalau nak bagi dia mati kena bunuh mengkarung tu..boleh?

aku rasa penulis skrip pirates of the caribbean pun baca koleksi citer dongeng dari asia tuh.. sebab tu la jantung sotong berjanggut tu ada kat dalam peti..

______________________

korang pernah perasan tak dalam citer hindustan hero tableh la ada sedara mara (dan awek), mesti la kena tangkap dengan orang jahat untuk dibuat tebusan.. maksudnya hero kena idup sebatang kara la ekk?

nasib baik la aku bukan hero citer hindustan..

______________________

korang tau tak budak kecik ada soft spot kat kepala dia.. itu la dipanggil ubun-ubun..

aku bukan budak kecik tapi aku ada soft spot.. bukan kat kepala tapi kat hati..

nama dia jiji.. adik bongsu aku yang baru abis spm.. sekarang tengah plkn kat kem pekan dari bulan 1 sampai bulan 3. dia ni budaknya lembik.. tak main sport.. suka tengok citer kartun.. tak berdikari.. careless.. kuat tido.. tak berkawan2 tak tentu hala.. kaki gelak.. dan kaki menyakat.. sweetheart dalam family kitorang..

kena g plkn sangat membuatkan aku susah hati.. kan ker macam2 kejadian ada kat plkn tu.. dah la tempat pun salu dalam hutan banat.. ntah macam mana la rupanya kem plkn pekan tuh..

minggu pertama lagi aku dah g melawat.. hazabnya nak boleh ke sampai.. 5 jam! sangat jauh hokei! tempat dia nasib baik tak kat dalam hutan tapi kat tengah antara laut china selatan dengan sungai pahang.. cantik..

harusla aku interview bagai.. apa dia buat.. camner jadual dia.. apa dia makan.. dengan sapa dia kawan.. ada geng ker tak.. best ker tak.. ada jurulatih miang tak.. ada budak lelaki kacau tak.. dan yang sewaktu dengannya..

minggu kedua aku dok la nyakat jiji.. "jiji jangan nangis plak kak ja tak datang melawat..kuikuikui".. letak tepon aku plak yang nangis mencurah-curah kat oldtown tuh.. ceh, pathetic betul..

tiap-tiap hari ahad derang dibagi tepon (hari lain tepon kena simpan dalam kotak).. tiap-tiap minggu la aku dok call.. pesan macam-macam.. jangan jalan sorang-sorang.. kunci locker.. pegi mana-mana bawak kawan.. jangan dok dalam gelap.. jangan g mandi laut dan yang sewaktu dengannya..

balik raya cina aritu aku g amik.. balik ke sana dia dah beli tiket bas siap-siap nak balik dengan kawan katanya.. giler tak risau? setiap jam aku checking dah sampai mana..

hari ahad sampai selasa depan ni dia ada kursus bahasa inggeris tajaan petronas kat bangi.. haruslah aku g amik n hantar balik plkn bagai.. aku tak kisah..






my sweetheart

ni gambar jiji masa baru lepas kena cakar kucing..

elok jer kucing tu landing, dia g tariknya ekor kucing tu sampai melambung..


aku faham kalau korang tak faham
pardon me, i have a soft spot for jiji.. :)

Thursday, January 08, 2009

[44] buat aku tersengih..

pada satu hari on the way pegi kerja, aku dengar sinar..
ada peraduan apa ntah.. (peraduan? hehe..)

abby: sambungkan pantun dari buku dewan bahasa berikut..

"ada nyamuk banyak nyamuk
banyak cantik tumbuh miang"

ada sorang caller.. namanya cikyam nak cuba menjawab..

cikyam: (baris 3) "berjalan itik sama itik
(baris 4) bagai itik pulang petang"

merujuk kepada baris 3 cikyam, mana datang "itik"? ko tak belajo komposisi pantun ker masa sekolah dulu..baris 1 dengan baris 3 kan ujung sukukatanya mesti sama! yapeda...

abby: meh nak tolong.. baris 4 tu dah betul.. baris 3 tu.. perkataan tu memberi definasi orang yang berbadan gedempol..

cikyam: gemuk?

abby: yaaaa betuulllll!! cuba bina ayat bagi baris 3..

cikyam: "berjalan gemuk sama itik"?

wakaakakakkakakakaka... nak jugak itik tu kan? hehehehehehe...

abby: yaaa allah...budak ni...kikiki...

cikyam: eh, "berjalan gemuk sama gemuk
bagai itik pulang petang"

abby: betuuuuulll....

sapala pencipta pantun yang sungguh kurang sopan ni kan?
terasa aku dengan osmet..
eh,apsal tiber aku terasa bagi pihak osmet...hehehe..

you've just made my day! :)

p/s: baris 1 dengan baris 2 tu aku rekacipta jer..tak ingat dah pembayang sebenar..kuikuikui..