to begin with, the day is friday.. hari kerja paling last..esok sabtu.. cuti dah.. hari aku dimulakan dengan bunyik sms.. pada pukul sebelas..
"payment cyber dah masuk"
..takde sms yang lebih best untuk memulakan hari selain daripada sms kata ada duit riban-riban dalam bank..yiehaha! err..walaupun duit itu bukan aku yang punya..kampeni yang punya daa..tetap gumbira!
disebabkan kegirangan itu maka bermulalah aktiviti liar dua hekor ikan sepat ronggeng ini.. manusia yang dah-tak-mandi-berapa-hari-sampai-tumbuh-cendawan-kat-tepi-cuping-tinger tu tiba-tiba bernafsu nak kuar umah..jalan-jalan tengok dunia.. mula-mula tu muskil gak aku.. ai, dah baik ker.. kata kena dua bulan dalam posisi garisan ground level..
"kepala hotak kau!!"
..bila perkataan tersebut disebut dengan penuh emosi dan pitching paling tinggi, maka tiada sangsi lagi..dah tak sakit ler tu..hehe..
(meh nak ngumpat sket..mak enon tu memang suka cakap kuat-kuat..seolah-olah lagi kuat dia cakap tu maka lagi pahamlah orang yang mendengar.. yer, aku paham! aku paham! aku bukan pekak hokay, aku cuma tak setuju!
..takder yang lebih best daripada bersetuju untuk tak bersetuju..)
aktiviti hari ini termasuklah membayar bil maxis broadband dan bil astro di drivethru TNB.. setelah beratur lebih kurang lima kereta..owh.. tak boleh rupanya.. sambung beratur di drivethru pejabat pos pula.. sambil mendengar dengan teliti pengalaman ngeri pembedahan pusat cik psycho yang berakhir dengan pengetahuan am: kalau dah nama operation tu, tak kira la kat pusat ker, belakang cuping telinga ker..tetap kena bukak spenda.. jadi peringatannya: buatlah apa yang patut.. (dalam kes cik psycho dia over, siap buat pedicure bagai..masuk operation dengan kuku kaki kilat-kilat bling-bling..
next, g saloon nyonya ah yoke kat serdang..kepala mak enon tu dah kuar minyak sampai ke dahi akibat lama tak kena air..yarkk!! dah saploh taun cik psycho jadik regular customer kedai ni.. dari zaman belajar kat upm dulu lagi.. pasal ada sorang pekerja india dia tu ada hikmat cakar rimau, boleh putih la kulit kepala dapat kat dia..tapi masa kitorang datang tu dia takde, cuma ada nyonya ah yoke, sorang nyonya baru lepas blow rambut dengan dua nyonya tukang cuci rambut.. nyonya pun nyonya la..
aku pun terjebak potong rambut. potong rambut tu pada aku perasaannya 'liberating'.. tapi sebab mak enon tu ada kat kusi sebelah makanya abaikan saja niat nak buat style rambut pacak, rambut tobek tepi mahupun rambut ekor tikus.. tak rela aku kena bebel.. (tapi memang haruslah dia disapproved kan.. buatnya aku kena cover meeting putrajaya dia, tak ker haru.. director kecelaruan identiti namanya..)
next, g bayar kad kredit akibat aktiviti ronggeng yang berlebihan.. (no komen)
last skali g makan fish n chip kat secret recipe..
..takder yang lebih best untuk mengakhiri aktiviti-liar-semasa-waktu-opis selain daripada makan sampai buncit!
kesimpulannya..
senang jer nak buat aku rasa gembira..
ianya mestilah melibatkan, tapi tak semestinya semua, yang berikut:
(tanpa mengikut turutan kepentingan)
..huge amount of money
..good friend
..good chat
..good food
tapi bila semua elemen ni ada dalam satu hari yang sama, maka jadilah hari itu 'sempurna'..
.
.
.
.
my day was perfect until i got home.. bukak pintu..dengan sedikit terkinja-kinja..
"
*pandang
"Huh! macam nyonya!"
..erk! potong stim betul la osmet aku ni!