Thursday, April 23, 2009

[49] EXPECTO PATRONUM!! di-ilhami.. malah terus menyadari..

pada satu hari, aku telah di-ilhami oleh sebuah entri bertajuk ini-mantra-patronus-gue..

setuju tentang satu perkara.. konsepnya keren banget!


"Make it a powerful memory, the happiest you can remember. Allow it to fill you up… Just remember, your Patronus can only protect you as long as you stay focused… Think of the happiest thing you can." kata Harry Potter, from the movie Harry Potter and The Prisoner of Azkaban

alkisahnya, sihir Patronus ini adalah sihir tahap tinggi dan amat sukar dipelajari dan dikuasai lebih-lebih lagi dalam keadaan emosi yang tak stabil.. (maka seharusnya tidak ada masalah bagi aku yang dalam keadaan sangat berkobar-kobar semangat waja baru lepas berlari dua km pagi tadi.. :) )

bukan bermaksud nak mengamalkan ilmu sesat juga tidak pernah bercita-cita menjadi pengamal ilmu hitam, hanya mahu berkongsi rasa bahagia sewaktu melafazkan mentera..

sebagai seorang cancerian, mengingati kenangan yang membahagiakan itu seakan satu ritual di waktu senggang.. dan bila sangat selalu dipraktiskan, imej bahagia yang muncul itu seakan cliche pula rupa bentuknya..

lalu bermulalah episod mencari kenangan yang menimbulkan rasa bahagia dari perspektif yang lain pula.. maka inilah antara yang muncul..

1. bahagianya rasa bila balik kampung, bila celik-celik bijik mata jer, mak aku yang tak berapa rajin nak masak tu dah buatkan sarapan merangkap makan tengahari.. bubur nasik lauk telur dadar dengan ikan bilis goreng.. tu jer.. pastu letak kicap sket kat bubur tu.. perghhh.. harus separuh periuk untuk aku sorang...

2. bahagianya rasa waktu hari raya.. pagi-pagi lagi (pagi la sangat..) dah pegi umah maktok.. setiap kali raya dia akan masak nasik impit, kuah kacang dengan kari ayam.. masa kecik dulu aku dok dengan maktok, dia la yang suapkan aku makan.. ada satu menu dia bernama nasik kepal.. nasik kalau baru masak kan ker lembik dan panas berasap-asap.. aku plak tak nyabo nak makan.. so, dia amik nasik tu, letak ikan goreng sket pastu kepal-kepal jadik macam bola pingpong saiz kecik..pastu makan dengan gembiranya.. lalalala.. berbalik kita di pagi raya.. heaven rasanya waktu nasik impit yang lembik itu (slow-mo bermula disini..) maaaaasuk muuuulut lalu mencaaaairrr saat dikunyah perlaaahann-laaahaann.. ooohhh...

3. bahagia juga rasa tatkala meneman cik psycho ber-ware-house-sale membeli mamipoko kat sogo (gila kenapa aku rasa macam tiap-tiap bulan pun ada warehouse sale sogo ni ntahnya..) kerana upahnya pasti nasik beriani kedai bernama INSAF itu yang telah kitorang kunjungi zaman-berzaman dari zaman belajar dolu-dolu nak-nak lagi waktu bulan puasa.. marilah kita sama-sama membayangkan saat papadom retak berderai berkecai bersepai digilis gigi geraham yang paling dalam..aaahhh..

4. bahagia adalah rasa waktu mula-mula kedai bernama sports crib cafe baru dibukak kat area opis ni, waktu tu osmet tak banyak kerja dan cik psycho belum ada anak ramai.. hari-hari kitorang dok ngulang makan nasik goreng thai yang dimasak oleh abang kelantan.. dah lah hensem, pandai masak nasik goreng plak tuh.. maka nasik goreng itu kitorang beri nickname 'nasik goreng abang'.. nasik goreng dia warna putih pastu ada ayam goreng kunyit yang garing plak letak kat tepi.. xtra sup kosong.. mmm nyam nyam...

nasik goreng thai.. nasik beriani gam anje.. ayam penyet.. sate lily.. nasik lemak bunga raya.. kari ayam maktok.. kari ayam maktok.. kari ayam maktok..

uik, tiba-tiba telan air liur segumpal..

di saat itulah aku menyadari akan sesuatu...

halusinasi ini terjadi akibat diet yang bersungguh-sungguh untuk menjadi ramping... arghhhhhh!!! aku benci ahli sihir!! benci!! benci!! kalau engkau aku tak suka.. lobang hidung kau pun aku tak mau tengok!!

cik.. sila kawal diri ya.. cuba jangan meracau kat tepi kotak KFC ni.. dah, sila pegi bancuh teh hijau dengan ekstrak kulit limau tuh..

_________


"Bukankah kenyang dan lapar itu satu nikmat yang sama?"
-dipetik dari buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman oleh Muhd Kamil Ibrahim

nehi.. nehi.. ini masih belum dapat aku fahami...

Thursday, April 09, 2009

[48] m e n g g e l a b a h

pada satu hari..


" CEPATTTT DUDDDDD... MANDIIIIII!!
aku nak basuh baju plak nih.. "


( itu suara osmet.. paip mesin basuh kena sambung dengan paip dalam bilik air.. jadik kalau basuh baju, pintu bilik air tak buleh tutup rapat..

jam dah menunjukkan pukul sepuluh, osmet dah bagitau tadi dia kena tido awal, dia nak bangun pukul tiga pagi untuk tengok bola, chelsea lawan liverpool.. pastu trus g kerja.. ada meeting katanya..

disebabkan mandi dengan pintu terbuka sambil osmet dan kucing-kucingnya berkeliaran bukanlah satu option, maka aku berada dalam keadaan tertekan untuk mandi dengan kadar segera.. )

menggelabah..


selain dari first time dating, aku jugak menggelabah masa first time aku sign pelan.. masa tu aku baru lulus exam board of professional..

first time aku sign pelan landskap, aku sign kat petak...
"PEMILIK TANAH"..

boleh?

abis tu tuan tanah kena la sign kat petak "ARKITEK LANDSKAP"?

tak memasal jer kena print pelan baru..

menggelabah..


menggelabah juga adalah punca aku meninggalkan cik psycho, my partner-in-crime terkebil-kebil di tengah-tengah malam buta di tengah-tengah padang rumput bersama meja studio.. sepuluh taun yang lepas..

..sedangkan di siang harinya aku telah bersumpah mati taat setia untuk menolong cik psycho mengangkat meja drafting yang maha berat itu untuk dipindahkan dari dalam studio ke dalam kereta kancil dia..

perjalanan dari studio kitorang ke tempat parking melibatkan merentas padang rumput yang luas dengan pokok-pokok rendang sebagai peneduh..

..jangan tanya kenapa takde orang lain nak tolong dan jangan tanya juga kenapa ia perlu dilakukan pada tengah-tengah malam buta di kala bulan gelap.. meja drafting itu Fakulti Rekabentuk dan Senibina yang punya!

di kala kitorang tengah tak cukup napas nak tercabut tangan ngangkat meja drafting yang berat macam batu kuari itu.. iyah yah yah.. di kala kitorang bergaduh sambil berbisik menyalahkan satu sama lain sapa angkat lebih, sapa angkat kurang, sapa angkat ngelat.. dikala itu jugalah ditakdirkan pak guard bermotor datang menyuluh secara rambang..

*pling*

tiba-tiba aku mendapati diriku sedang berpura-pura menjadi kura-kura yang sedang bersembunyi di bawah pokok berduri yang bernama 'duri madras'.. sedang cik psycho berdiri seperti tugu negara di tengah padang itu.. dengan tangan tak lepas dari memegang meja drafting..

(ya! ya! aku tau aku salah.. ampunkan makk kasimmmmm... mak gemuruh jiwa daaa..)

nasib baik pak guard tu tak perasan.. nasib baik juga aku tak tercucuk 'duri madras'.. maka selamatlah meja itu zaman berzaman turun menurun sampai sekarang masih digunakan kat opis aku ni ha..

menggelabah.. kan?


err..berbalik kepada citer aku kena sound dengan osmet tadi..

kena mandi cepat, dud nak basuh baju..kena mandi cepat, dud nak basuh baju..kena mandi cepat, dud nak basuh baju..kena mandi cepat, dud nak basuh baju..

*syampu!* iyah yah yah..

eh, apasal tak berbuih-buih ni..

check expired date : lama lagi..

check label :



CONDITIONER





lerr...

menggelabah betul..