Thursday, April 23, 2009

[49] EXPECTO PATRONUM!! di-ilhami.. malah terus menyadari..

pada satu hari, aku telah di-ilhami oleh sebuah entri bertajuk ini-mantra-patronus-gue..

setuju tentang satu perkara.. konsepnya keren banget!


"Make it a powerful memory, the happiest you can remember. Allow it to fill you up… Just remember, your Patronus can only protect you as long as you stay focused… Think of the happiest thing you can." kata Harry Potter, from the movie Harry Potter and The Prisoner of Azkaban

alkisahnya, sihir Patronus ini adalah sihir tahap tinggi dan amat sukar dipelajari dan dikuasai lebih-lebih lagi dalam keadaan emosi yang tak stabil.. (maka seharusnya tidak ada masalah bagi aku yang dalam keadaan sangat berkobar-kobar semangat waja baru lepas berlari dua km pagi tadi.. :) )

bukan bermaksud nak mengamalkan ilmu sesat juga tidak pernah bercita-cita menjadi pengamal ilmu hitam, hanya mahu berkongsi rasa bahagia sewaktu melafazkan mentera..

sebagai seorang cancerian, mengingati kenangan yang membahagiakan itu seakan satu ritual di waktu senggang.. dan bila sangat selalu dipraktiskan, imej bahagia yang muncul itu seakan cliche pula rupa bentuknya..

lalu bermulalah episod mencari kenangan yang menimbulkan rasa bahagia dari perspektif yang lain pula.. maka inilah antara yang muncul..

1. bahagianya rasa bila balik kampung, bila celik-celik bijik mata jer, mak aku yang tak berapa rajin nak masak tu dah buatkan sarapan merangkap makan tengahari.. bubur nasik lauk telur dadar dengan ikan bilis goreng.. tu jer.. pastu letak kicap sket kat bubur tu.. perghhh.. harus separuh periuk untuk aku sorang...

2. bahagianya rasa waktu hari raya.. pagi-pagi lagi (pagi la sangat..) dah pegi umah maktok.. setiap kali raya dia akan masak nasik impit, kuah kacang dengan kari ayam.. masa kecik dulu aku dok dengan maktok, dia la yang suapkan aku makan.. ada satu menu dia bernama nasik kepal.. nasik kalau baru masak kan ker lembik dan panas berasap-asap.. aku plak tak nyabo nak makan.. so, dia amik nasik tu, letak ikan goreng sket pastu kepal-kepal jadik macam bola pingpong saiz kecik..pastu makan dengan gembiranya.. lalalala.. berbalik kita di pagi raya.. heaven rasanya waktu nasik impit yang lembik itu (slow-mo bermula disini..) maaaaasuk muuuulut lalu mencaaaairrr saat dikunyah perlaaahann-laaahaann.. ooohhh...

3. bahagia juga rasa tatkala meneman cik psycho ber-ware-house-sale membeli mamipoko kat sogo (gila kenapa aku rasa macam tiap-tiap bulan pun ada warehouse sale sogo ni ntahnya..) kerana upahnya pasti nasik beriani kedai bernama INSAF itu yang telah kitorang kunjungi zaman-berzaman dari zaman belajar dolu-dolu nak-nak lagi waktu bulan puasa.. marilah kita sama-sama membayangkan saat papadom retak berderai berkecai bersepai digilis gigi geraham yang paling dalam..aaahhh..

4. bahagia adalah rasa waktu mula-mula kedai bernama sports crib cafe baru dibukak kat area opis ni, waktu tu osmet tak banyak kerja dan cik psycho belum ada anak ramai.. hari-hari kitorang dok ngulang makan nasik goreng thai yang dimasak oleh abang kelantan.. dah lah hensem, pandai masak nasik goreng plak tuh.. maka nasik goreng itu kitorang beri nickname 'nasik goreng abang'.. nasik goreng dia warna putih pastu ada ayam goreng kunyit yang garing plak letak kat tepi.. xtra sup kosong.. mmm nyam nyam...

nasik goreng thai.. nasik beriani gam anje.. ayam penyet.. sate lily.. nasik lemak bunga raya.. kari ayam maktok.. kari ayam maktok.. kari ayam maktok..

uik, tiba-tiba telan air liur segumpal..

di saat itulah aku menyadari akan sesuatu...

halusinasi ini terjadi akibat diet yang bersungguh-sungguh untuk menjadi ramping... arghhhhhh!!! aku benci ahli sihir!! benci!! benci!! kalau engkau aku tak suka.. lobang hidung kau pun aku tak mau tengok!!

cik.. sila kawal diri ya.. cuba jangan meracau kat tepi kotak KFC ni.. dah, sila pegi bancuh teh hijau dengan ekstrak kulit limau tuh..

_________


"Bukankah kenyang dan lapar itu satu nikmat yang sama?"
-dipetik dari buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman oleh Muhd Kamil Ibrahim

nehi.. nehi.. ini masih belum dapat aku fahami...

3 comments:

aku yg sentiasa cantik said...

wakaka...ilang satu nikmat donia bila berdiet taw! nikmat makan ni kira macam one of the seven wonders in the world la nyah! wakakaka :p

budak nakal said...

diet ke nyah??? mak impressed dgn kagigihan kau nyahhhhhhhhh

aku yang korang panggil nyah.. said...

tak koasa mak nak layan korang tawww!!! dengki!

tunggu la mak kurus nanti~~~

(sambil minum air suam..)